Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko. FT Global Ltd dikawal selia oleh IFSC.
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko. FT Global Ltd dikawal selia oleh IFSC.

Dixipay

Dixipay

DIXIPAY ialah pemproses pembayaran atas talian menawarkan perkhidmatan peniaga yang membenarkan untuk tukaran dana atas talian, secara mudah dan berkesan. Sistem DIXIPAY menyediakan teknologi dan privasi canggih yang merangkumi semua. Dengan yuran yang rendah dan proses pengesahan mudah yang disediakan, pelanggan boleh menggunakan DIXIPAY dengan yakin untuk melakukan transaksi atas talian mereka dengan FXTM.

MatawangUSD, EUR
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa PemprosesanSegera
  1. Tiada bayaran pihak ketiga akan diterima.
  2. Nama dan alamat emel pada akaun DIXIPAY anda mesti padan dengan nama dan alamat emel pada akaun dagangan FXTM anda. Jika alamat emel DIXIPAY anda berbeza dari alamat emel berdaftar anda dengan FXTM, sila masukkan maklumat ini ke butiran akaun akan dalam MyFXTM.
  3. Jumlah minimum setiap transaksi ialah 5 USD.
  4. FXTM akan menerima transaksi DIXIPAY dalam matawang EUR atau USD sahaja. Semua transaksi DIXIPAY dihantar dalam matawang berbeza akan ditukar secara automatik ke EUR atau USD dan DIXIPAY mungkin mengenakan anda bayaran untuk tukaran ini.
  5. DIXIPAY akan mengenakan anda bayaran untuk setiap transaksi, yang ditanggung oleh pelanggan FXTM. (Lihat Jadual Kadar Tukaran). Jumlah bersih akan dihantar ke akaun dagangan anda yang telah dibayar melalui DIXIPAY.
  6. Jika deposit itu berjaya ia akan dihantar ke akaun dagangan anda dengan segera. Mungkin terdapat kelewatan jika DIXIPAY atau FXTM tidak boleh mengesahkan maklumat anda.
  7. FXTM hanya menerima pindahan ewallet DIXIPAY.
MatawangUSD, EUR
Yuran / Komisen0.5%, maks. 5 USD
Masa Pemprosesan24 Jam
  1. Pengeluaran kepada pihak ketiga tidak akan diterima. Nama penerima mesti sepadan dengan nama pada akaun dagangan anda.
  2. Pengeluaran hanya boleh dilaksana kepada akaun DIXIPAY sama dari mana anda mendeposit dana anda.
  3. Bayaran untuk memproses pengeluaran dana akan ditolak dari jumlah yang dikeluarkan.
  4. Pastikan anda mempunyai margin bebas yang mencukupi di dalam akaun anda untuk menampung pengeluaran anda. Jika tidak, anda boleh memilih untuk menutup posisi terbuka di dalam akaun anda.
  5. Pengeluaran diproses oleh FXTM dalam 24 jam permintaan anda. Dana akan dihantar ke akaun DIXIPAY anda dalam satu hari bekerja yang diproses oleh kami. Mungkin terdapat kelewatan jika kami tidak dapat mengesahkan maklumat anda.
  6. Anda boleh mengeluarkan dana melalui DIXIPAY hanya jika anda telah menggunakan DIXIPAY untuk melakukan deposit anda.
  7. Tiada jumlah pengeluaran minimum atau maksimum setiap transaksi.
  8. Sebarang keuntungan yang diperoleh daripada dagangan boleh dikeluarkan menggunakan DIXIPAY selagi dana dikeluarkan ke akaun DIXIPAY sama yang digunakan untuk membayar akaun dagangan anda. Keuntungan juga boleh dikeluarkan melalui bank wire; walau bagaimanapun, dalam kes ini anda perlu memberikan kami penyata bank mengesahkan nama pemegang akaun.
  9. Jumlah deposit awal hanya boleh dikeluarkan ke akaun DIXIPAY dari mana anda mendeposit dana anda ke FXTM..
Scroll Top