Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).

Konnexone

MatawangUSD
Yuran / KomisenNo Commission
Masa PemprosesanUp to 1 business day

Cara untuk Melakukan Deposit ke Akaun FXTM Anda

  1. Log masuk ke akaun MyFXTM anda, pilih "Pengeluaran dana" yang boleh ditemui pada menu sisi di bawah “Wang Saya.”
  2. Dalam bahagian “E-Dompet”, klik butang “Deposit” untuk meminta deposit.
  3. Klik pada pautan ‘Konnexone’ dalam pemberitahuan untuk dialihkan ke portal Konnexone, masukkan butiran deposit dan hantar permintaan anda.

Maklumat Penting

Semasa melakukan deposit, sila pastikan perkara berikut:

  1. Buka akaun dengan Konnexone. Hanya akaun yang diluluskan oleh Konnexone boleh digunakan untuk mendeposit dana.
  2. Sila ambil maklum bahawa kami akan menerima deposit anda sebaik sahaja ia diluluskan oleh pembekal.
  3. Pembayaran ke pihak ketiga tidak diterima. Nama Pengirim perlu sepadan dengan nama yang berdaftar dengan FXTM.
  4. Semua transaksi yang dikirim daripada matawang yang berlainan daripada matawang akaun anda akan ditukarkan secara automatik pada kadar tukaran FXTM.
  5. Sekiranya deposit anda berjaya, ia akan dikirimkan ke akaun anda secepat mungkin. Tempoh berkenaan mungkin tertunda sekiranya pihak FXTM atau pembekal pembayaran gagal mengesahkan maklumat anda.
  6. Sekiranya transaksi dilakukan dalam matawang yang tidak disokong (sila semak jadual di atas untuk matawang yang disokong), deposit anda akan ditukarkan ke dalam matawang yang disokong pilihan anda. Sila ambil maklum bahawa pihak pembekal mungkin mengenakan caj tukaran.
  7. Sekiranya akaun dagangan dan deposit anda dinamakan dalam matawang yang berlainan, transaksi tersebut adalah tertakluk kepada tukaran dan caj tukaran mungkin dikenakan, berdasarkan jadual Kadar Tukaran dalam MyFXTM (daftar masuk diperlukan).
  8. Kadar tukaran kami dikemas kini pada setiap hari.
  9. Caj deposit akan ditolak daripada jumlah deposit. Sila semak jadual di atas bagi Caj/Komisen.
  10. Sila semak jadual di atas bagi masa pemprosesan FXTM yang berkaitan dengan deposit.
MatawangUSD
Yuran / Komisen2 %
Masa PemprosesanUp to 1 business day

Cara untuk Mengeluarkan Dana daripada akaun MyFXTM

  1. Log masuk ke akaun MyFXTM anda, pilih "Pengeluaran dana" yang boleh ditemui pada menu sisi di bawah “Wang Saya.”
  2. Dalam bahagian “E-Dompet”, klik butang “Pengeluaran” untuk meminta pengeluaran.
  3. Ikuti arahan yang terdapat pada borang tersebut, lengkapkan borang Pengeluaran Dana dengan butiran anda dan pilih salah satu daripada alamat e-mel yang diluluskan dalam menu juntai bawah.
  4. Baca Terma dan Syarat pada di sebelah kanan halaman. Setelah anda bersedia untuk teruskan, klik "Sahkan".
  5. Anda akan menerima kata laluan 4-angka melalui SMS dan alamat e-mel yang berkenaan dengan akaun MyFXTM anda. Sila semak folder Spam/Sampah anda sekiranya anda tidak menemui e-mel tersebut di dalam peti masuk. Masukkan kata laluan tersebut dalam medan yang diperlukan pada halaman pengesahan pengeluaran, dan klik "Hantar".
  6. Selepas menghantar permintaan pengeluaran anda dalam MyFXTM, anda perlu log masuk ke akaun Konnexone anda dan hantar permintaan pengeluaran yang sama menerusi portal Klien anda.
  7. Itu sahaja! Anda kini boleh menyemak perkembangan pindahan anda menerusi akaun MyFXTM anda. Pada menu sisi dalam menu juntai bawah “Wang Saya”, klik pada “Pindahan Saya.” Anda boleh menjejaki semua deposit dan pengeluaran anda yang masih menunggu untuk disempurnakan.

Maklumat Penting

Semasa melakukan pengeluaran, sila pastikan perkara berikut:

  1. Pembayaran ke pihak ketiga tidak diterima. Nama Penerima perlu sepadan dengan nama yang berdaftar dengan FXTM.
  2. Sekiranya anda ingin mengeluarkan deposit awalan anda, anda perlu sumber dana yang sama seperti sumber asal deposit.
  3. Sebarang keuntungan yang dijana daripada deposit awalan boleh dikeluarkan melalui sebarang Kaedah pembayaran lain yang tersedia.
  4. Anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun anda agar pengeluaran dapat dilakukan. Sekiranya margin bebas tidak mencukupi, anda boleh memilih untuk menutup beberapa kedudukan terbuka pada akaun anda.
  5. Sekiranya akaun dagangan dan pengeluaran anda dinamakan dalam matawang yang berlainan, transaksi tersebut adalah tertakluk kepada tukaran dan caj tukaran mungkin dikenakan, berdasarkan jadual Kadar Tukaran dalam MyFXTM (daftar masuk diperlukan).
  6. Kadar tukaran kami dikemas kini pada setiap hari.
  7. Caj pengeluaran akan ditolak daripada jumlah pengeluaran yang dilakukan. Sila semak jadual di atas bagi Caj/Komisen.
  8. Sila semak jadual di atas bagi masa pemprosesan FXTM yang berkaitan dengan pengeluaran.
  9. Selepas menghantar permintaan pengeluaran anda dalam MyFXTM, anda perlu log masuk ke akaun Konnexone anda dan hantar permintaan pengeluaran yang sama menerusi portal Klien anda.
  10. Penting untuk anda memasukkan jumlah pengeluaran yang sama dalam portal Klien Konnexone anda seperti yang diminta dalam halaman pengeluaran MyFXTM anda.
  11. Jika terdapat sebarang percanggahan terhadap jumlah antara permintaan pengeluaran MyFXTM anda dan permintaan pengeluaran Konnexone, kami akan menolak permintaan pengeluaran tersebut.
Scroll Top