Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko. FT Global Ltd dikawal selia oleh IFSC.
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko. FT Global Ltd dikawal selia oleh IFSC.

Maestro

Maestro Card
MatawangEUR, USD, GBP
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa PemprosesanSegera
Deposit minimum5 EUR/USD/GBP

Bagaimana untuk Membuat Deposit ke Akaun ForexTime (FXTM) Anda

  1. Di menu atas dalam MyFXTM, pilih "Deposit Dana". Kemudian pastikan anda memilih “Deposit Dana” sebagai “Jenis Pemindahan”. Pilih akaun dagangan mana yang anda ingin membuat deposit dan pilih “Kad Debit/Kredit" sebagai "Kaedah Pemindahan". Dalam "Pemindahan Mata Wang”, pilih mata wang yang dinamakan oleh akaun anda, masukkan amaun deposit yang anda mahu dan klik “Sahkan”.
  2. Setelah memeriksa bahawa semua maklumat anda adalah benar, klik "Hantar". Sebaik sahaja anda klik hantar, anda akan diarahkan ke halaman pemprosesan bayaran di mana anda perlu memberikan maklumat kad anda.
  3. Anda boleh melihat status deposit anda dalam Sejarah MyFXTM..

Maklumat Penting

Apabila membuat deposit, sila ingat perkara-perkara berikut:

  1. Bayaran daripada pihak ketiga tidak akan diterima.
  2. Untuk memproses deposit anda, FXTM memerlukan salinan bewarna depan dan belakang kad anda. Untuk tujuan keselamatan kami menyarankan anda menutup semua digit kecuali 4 digit terakhir di bahagian depan kad. Sila lindungi juga 3 nombor terakhir pada belakang kad anda (kami tidak memerlukan kod CVV); butiran lain perlulah jelas dan nyata. Kad anda mesti ditandatangani.
  3. FXTM hanya menerima transaksi kad dalam EUR,GBP dan USD sahaja. Semua transaksi kad yang dihantar dalam mata wang lain akan ditukarkan kepada EUR, GBP atau USD secara automatik; pemproses kad mungkin akan mengenakan caj penukaran terhadap anda.
  4. Pemproses kad akan mengenakan bayaran untuk setiap transaksi kepada pihak yang menerima, yang mana ditanggung oleh pelanggan-pelanggan FXTM. (Lihat Jadual Kadar Penukaran). Amaun bersih akan dihantar ke akaun dagangan anda, yang dibiayai melalui pemproses kad.
  5. Jika deposit berjaya, ia akan dihantar terus ke akaun dagangan anda. Kelewatan mungkin berlaku jika pemproses kad atau FXTM tidak dapat mengesahkan maklumat anda.
  6. Amaun deposit awal mestilah dihantar semula kepada kad sama yang kami terima dana anda.
  7. Anda mungkin dikehendaki menyediakan kami kod Pengesahan untuk kad deposit anda.
  8. Anda mungkin perlu memberikan kami kenyataan kad atau paparan skrin perbankan dalam talian yang menunjukkan transaksi kepada FXTM.
  9. Semua keperluan kami berhubung butiran kad anda mestilah hanya diterima daripada emel rasmi FXTM. Kami tidak pernah meminta sebarang butiran rahsia kad (CVV, kod selamat 3D, dan lain-lain). Jika anda menerima sebarang permintaan mencurigakan daripada emel yang tidak pasti, sila hubungi kami di: backoffice@fxtm.com
  10. FXTM tidak menyimpan data kad klien. Semua data kad dikumpul dan disimpan dengan selamat dalam Pembekal Perkhidmatan berlesen PCI DSS Paras 1 sahaja
  11. Berikutan saranan Payment Card Industry Security Council, butiran kad pelanggan dilindungi melalui penyulitan Transport Layer – TLS 1.2 serta lapisan aplikasi dengan AES algoritma dan kepanjangan kekunci 256 bit.
MatawangEUR, USD, GBP
Yuran / Komisen2 GBP/ 3 USD/ 2 EUR
Masa Pemprosesan24 jam

Jika anda ingin mengeluarkan dana dari kad dagangan anda ke Kad Debit/Kredit Card anda, anda mesti melengkapkan permintaan dalam MyFXTM.

Bagaimana untuk mengeluarkan dana daripada akaun FXTM anda

  1. Pilih Pengeluaran Dana daripada menu atas dalam MyFXTM. Sebaik sahaja anda pasti bahawa anda telah memilih “Pengeluaran” sebagai “Jenis Pemindahan” dalam borang yang terbuka, pilih akaun dagangan mana yang anda mahu keluarkan dana anda. Dalam “Kaedah Pemindahan”, pilih “Kad Debit/Kredit”.
  2. Pilih mata wang untuk membuat pengeluaran, nombor kad, tarikh tamat tempoh, nama pemegang kad dan bank pengeluar. Sebelum terus mengisi borang tersebut, klik “Sahkan”, sila pastikan bahawa anda telah membaca syarat-syarat pengeluaran kami.
  3. Anda boleh menjejaki status pengeluaran anda dalam "Sejarah MyFXTM" anda.

Maklumat Penting

  1. Bayaran kepada pihak ketiga tidak diterima. Nama pemegang kad mestilah sepadan dengan nama yang didaftarkan pada akaun dagangan.
  2. Jika anda ingin mengeluarkan dana, anda perlu menggunakan kad kredit sama yang digunakan apabila anda mendeposit dana itu pada asalnya. Sila ingat bahawa jumlah yang boleh dikeluarkan melalui kad kredit tidak boleh melebihi jumlah yang didepositkan menggunakan kad kredit yang sama. Bayaran untuk memproses pengeluaran dana akan ditolak daripada jumlah yang dikeluarkan. Keuntungan tambahan yang diperoleh selepas itu boleh dikeluarkan melalui kaedah lain pilihan anda yang tersedia.
  3. Pastikan anda mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun anda untuk menampung pengeluaran anda. Jika tidak, anda boleh memilih untuk menutup beberapa kedudukan yang terbuka dalam akaun anda sebelum meminta pengeluaran.
  4. Pengeluaran diproses oleh FXTM dalam tempoh 24 jam dari permintaan anda. Dana akan dihantar ke kad Debit/Kredit anda dalam tempoh satu minggu perniagaan selepas diproses oleh kami. Mungkin berlaku kelewatan jika kami tidak dapat mengesahkan maklumat anda.
  5. Anda boleh mengeluarkan dana menggunakan kad anda hanya jika kad yang sama digunakan untuk mendeposit dana itu.
  6. Had Pemproses Kad Kredit (setiap transaksi): Minimum: Tiada minimum.Maksimum: EUR/USD 15,000.
  7. Jika berlaku situasi pemproses kad tidak dapat memproses permintaan pengeluaran anda, pasukan pejabat pentadbiran kami mungkin menghubungi anda untuk berbincang tentang kaedah alternatif yang tersedia.
  8. FXTM tidak menyimpan data kad klien. Semua data kad dikumpul dan disimpan dengan selamat dalam Pembekal Perkhidmatan berlesen PCI DSS Paras 1 sahaja
  9. Berikutan saranan Payment Card Industry Security Council, butiran kad pelanggan dilindungi melalui penyulitan Transport Layer – TLS 1.2 serta lapisan aplikasi dengan AES algoritma dan kepanjangan kekunci 256 bit.
Scroll Top