PayRedeem

MatawangUSD, EUR
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa PemprosesanSerta-merta
Deposit minimumUSD/EUR 50

Cara Membuat Deposit ke Akaun FXTM Anda

  1. Sila klik pada bahagian “Wang Saya” di sebelah kiri menu MyFXTM anda. Anda akan melihat menu juntai bawah. Pilih “Deposit Dana”.
  2. Sila pilih PayRedeem daripada kaedah deposit.
  3. Jika anda sudah membeli baucar, sila masukkan kod PIN dan lengkapkan deposit. 
  4. Jika anda perlu membeli baucar, sila lengkapkan borang Deposit di MyFXTM dan klik ‘Beli baucar’.
  5. Kemudian anda akan dihalakan ke portal pembekal. Di situ anda perlu mendaftar/log masuk dan mengikut arahan untuk membeli baucar anda.
  6. Setelah anda membeli baucar dan menerima PIN baucar, sila masukkan kod PIN di ruangan pada halaman deposit MyFXTM dan lengkapkan deposit.

Maklumat Penting

Apabila anda membuat deposit, sila ingat perkara yang berikut:

  1. Bayaran daripada pihak ketiga tidak diterima. Nama Pengirim mesti sepadan dengan nama yang didaftarkan dengan FXTM.
  2. Semua transaksi yang dihantar dalam mata wang yang berbeza daripada mata wang akaun anda akan ditukar secara automatik pada kadar penukaran FXTM.
  3. Jika deposit berjaya, ia akan dipaparkan pada akaun anda tidak lama kemudian. Mungkin terdapat kelewatan jika FXTM atau pembekal pembayaran tidak dapat mengesahkan maklumat anda.
  4. Sekiranya akaun dagangan dan deposit anda didenominasi dalam mata wang yang lain, transaksi tersebut akan tertakluk pada penukaran dan caj boleh dikenakan, seperti jadual Kadar Penukaran di MyFXTM (perlu log masuk).
  5. Kadar penukaran kami dikemas kini setiap hari.
  6. Yuran deposit akan ditolak daripada jumlah yang didepositkan. Sila semak jadual di atas untuk Yuran/Komisen.
  7. Sila semak jadual di atas untuk masa pemprosesan FXTM berkaitan dengan deposit.
  8. Jumlah minimum setiap transaksi ialah USD/EUR 10. 
MatawangUSD, EUR
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa Pemprosesan24 jam

Cara Mengeluarkan Dana daripada akaun MyFXTM

  1. Log masuk ke akaun MyFXTM anda, pilih "Keluarkan dana" yang terdapat pada menu di bahagian tepi di bawah “Wang Saya.” 
  2. Pada bahagian “E-Dompet”, klik butang “Keluarkan”, di sebelah pilihan PayRedeem, untuk membuat pengeluaran.
  3. Ikut arahan pada borang, lengkapkan borang Pengeluaran Dana dengan butiran yang diminta dan sahkan pengeluaran tersebut. 
  4. Baca Terma dan Syarat di sebelah kanan halaman. Apabila anda sudah bersedia untuk meneruskan, klik "Sahkan".
  5. Kemudian anda akan menerima kata laluan pembayaran 4 digit melalui SMS dan di alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun MyFXTM anda. Sila semak folder Spam/Junk jika anda tidak melihat e-mel di Peti Masuk anda. Masukkan kata laluan ini dalam ruangan yang diperlukan di halaman pengesahan pengeluaran dan klik "Serah".
  6. Itu sahaja! Sekarang anda boleh menjejaki kemajuan pemindahan anda melalui akaun MyFXTM anda. Pada menu di bahagian tepi, pada menu juntai bawah “Wang Saya” klik pada “Sejarah Transaksi.” Anda boleh menjejaki semua deposit dan pengeluaran yang masih belum selesai.
  7. Selagi status pengeluaran anda menunjukkan "Sedang diproses" dalam bahagian ini, ia bermakna permintaan anda telah diterima dan menunggu diselesaikan. Apabila status tersebut berubah kepada "Dana dihantar" (biasanya dalam masa 1 hari perniagaan dari permintaan awal anda), ini bermakna dana tersebut telah dihantar ke akaun PayRedeem anda.

Maklumat Penting

Apabila membuat pengeluaran, sila ingat perkara yang berikut:

  1. Bayaran kepada pihak ketiga tidak diterima. Nama Penerima mesti sepadan dengan nama yang didaftarkan dengan FXTM.
  2. Jika anda ingin mengeluarkan deposit permulaan, anda perlu menggunakan sumber dana yang sama daripada sumber yang digunakan untuk membuat deposit itu.
  3. Mana-mana keuntungan yang terhasil selepas deposit permulaan anda boleh dikeluarkan melalui kaedah Pembayaran lain yang tersedia untuk anda.
  4. Anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun anda untuk menampung pengeluaran anda. Jika tidak, anda boleh memilih untuk menutup beberapa kedudukan yang terbuka pada akaun anda.
  5. Sekiranya akaun dagangan dan pengeluaran anda didenominasi dalam mata wang yang lain, transaksi tersebut akan tertakluk pada penukaran dan caj boleh dikenakan, seperti jadual Kadar Penukaran di MyFXTM (perlu log masuk).
  6. Kadar penukaran kami dikemas kini setiap hari.
  7. Yuran pengeluaran akan ditolak daripada jumlah pengeluaran. Sila semak jadual di atas untuk Yuran/Komisen.
  8. Sila semak jadual di atas untuk masa pemprosesan FXTM berkaitan dengan pengeluaran.
Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).