Perfectmoney

MatawangUSD, EUR
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa PemprosesanSegera

Cara untuk Melakukan Deposit ke Akaun FXTM Anda

  1. Lengkapkan borang Deposit Dana dalam MyFXTM dan sahkan pembayaran.
  2. Anda akan dialihkan ke Perfectmoney, dan di sana anda perlu mengisi ID Ahli, kata laluan dan Kod keselamatan anda.
  3. Sebaik sahaja anda melengkapkan semua butiran yang diperlukan, sila semak imbas pembayaran.
  4. Kemudian, lengkapkan pembayaran.

Maklumat Penting

Semasa melakukan deposit, sila pastikan perkara berikut:

  1. Pembayaran ke pihak ketiga tidak diterima. Nama Pengirim perlu sepadan dengan nama yang berdaftar dengan FXTM.
  2. Semua transaksi yang dikirim daripada matawang yang berlainan daripada matawang akaun anda akan ditukarkan secara automatik pada kadar tukaran FXTM.
  3. Sekiranya deposit anda berjaya, ia akan dikirimkan ke akaun anda secepat mungkin. Tempoh berkenaan mungkin tertunda sekiranya pihak FXTM atau pembekal pembayaran gagal mengesahkan maklumat anda.
  4. Sekiranya transaksi dilakukan dalam matawang yang tidak disokong (sila semak jadual di atas untuk matawang yang disokong), deposit anda akan ditukarkan ke dalam matawang yang disokong pilihan anda. Sila ambil maklum bahawa pihak pembekal mungkin mengenakan caj tukaran.
  5. Sekiranya akaun dagangan dan deposit anda dinamakan dalam matawang yang berlainan, transaksi tersebut adalah tertakluk kepada tukaran dan caj tukaran mungkin dikenakan, berdasarkan jadual Kadar Tukaran dalam MyFXTM (daftar masuk diperlukan).
  6. Kadar tukaran kami dikemas kini pada setiap hari.
  7. Caj deposit akan ditolak daripada jumlah deposit. Sila semak jadual di atas bagi Caj/Komisen.
  8. Sila semak jadual di atas bagi masa pemprosesan FXTM yang berkaitan dengan deposit.

MatawangUSD, EUR
Yuran / Komisen0,5 %
Masa Pemprosesan24 jam

Cara untuk Mengeluarkan Dana daripada MyFXTM.

  1. Dalam akaun MyFXTM anda, pilih "Pengeluaran dana" yang boleh ditemui pada menu sisi di bawah “Wang Saya.”
  2. Skrol ke bawah sehingga seksyen “E-Wallets” pada bahagian bawah halaman dan klik butang “Pengeluaran” untuk meminta pengeluaran menggunakan "Perfectmoney".  
  3. Ikut arahan pada borang, lengkapkan borang Pengeluaran Dana dalam MyFXTM dan sahkan pembayaran.
  4. Baca Terma dan Syarat pada di sebelah kanan halaman. Setelah anda bersedia untuk teruskan, klik "Sahkan".
  5. Anda akan menerima kata laluan 4-angka melalui SMS dan alamat e-mel yang berkenaan dengan akaun MyFXTM anda. Sila semak folder Spam/Sampah anda sekiranya anda tidak menemui e-mel tersebut di dalam peti masuk. Masukkan kata laluan tersebut dalam medan yang diperlukan pada halaman pengesahan pengeluaran, dan klik "Hantar".
  6. Itu sahaja! Anda kini boleh menyemak perkembangan pindahan anda menerusi akaun MyFXTM anda. Pada menu sisi dalam menu juntai bawah “Wang Saya”, klik pada “Pindahan Saya.” Anda boleh menjejaki semua deposit dan pengeluaran anda yang masih menunggu untuk disempurnakan.
  7. Selagi status pengeluaran anda tertera sebagai "Sedang Diproses" dalam seksyen ini, maksudnya permintaan anda telah diterima dan sedang menunggu untuk disempurnakan. Apabila status anda berubah kepada "Dana dikirim" (biasanya dalam masa 1 hari bekerja daripada permintaan awalan anda) maksudnya dana anda telah dikirim ke dompet Perfectmoney anda.

Maklumat Penting

Semasa melakukan pengeluaran, sila pastikan perkara berikut:

  1. Pembayaran ke pihak ketiga tidak diterima. Nama Penerima perlu sepadan dengan nama yang berdaftar dengan FXTM.
  2. Sekiranya anda ingin mengeluarkan deposit awalan anda, anda perlu sumber dana yang sama seperti sumber asal deposit.
  3. Sebarang keuntungan yang dijana daripada deposit awalan boleh dikeluarkan melalui sebarang Kaedah pembayaran lain yang tersedia.
  4. Anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun anda agar pengeluaran dapat dilakukan. Sekiranya margin bebas tidak mencukupi, anda boleh memilih untuk menutup beberapa kedudukan terbuka pada akaun anda.
  5. Sekiranya akaun dagangan dan pengeluaran anda dinamakan dalam matawang yang berlainan, transaksi tersebut adalah tertakluk kepada tukaran dan caj tukaran mungkin dikenakan, berdasarkan jadual Kadar Tukaran dalam MyFXTM (daftar masuk diperlukan).
  6. Kadar tukaran kami dikemas kini pada setiap hari.
  7. Caj pengeluaran akan ditolak daripada jumlah pengeluaran yang dilakukan. Sila semak jadual di atas bagi Caj/Komisen.
  8. Sila semak jadual di atas bagi masa pemprosesan FXTM yang berkaitan dengan pengeluaran.
Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).