Perbankan Dalam Talian Asia Tenggara

MatawangMYR, THB, IDR, VND
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa PemprosesanSegera

Cara Membuat Deposit ke Akaun FXTM Anda

  1. Lengkapkan borang Deposit Dana di MyFXTM dan sahkan bayaran.
  2. Kemudian anda akan dihalakan ke persekitaran dalam talian anda bagi negara anda. Di sini anda perlu mendaftar masuk.
  3. Lengkapkan bayaran.
  4. Berikan petikan skrin pindahan anda di bank anda yang mengandungi nama penuh anda, nombor akaun bank anda yang digunakan untuk proses deposit anda dan transaksi yang dibuat kepada FXTM.

Maklumat Penting

  1. Apabila anda membuat deposit, sila ingat perkara yang berikut:
  2. Bayaran daripada pihak ketiga tidak diterima. Nama Pengirim mesti sepadan dengan nama yang didaftarkan dengan FXTM.
  3. Semua transaksi yang dihantar dalam mata wang yang berbeza daripada mata wang akaun anda akan ditukar secara automatik pada kadar penukaran FXTM.
  4. Jumlah deposit minimum bagi setiap transaksi adalah lebih kurang sama dengan USD 5. Jumlah deposit maksimum bagi setiap transaksi adalah berbeza mengikut setiap  mata wang. Untuk mendapatkan jumlah deposit maksimum yang tepat bagi setiap mata wang, sila lihat di bawah:
    Jumlah Deposit Minimum bagi setiap Transaksi, setiap Mata Wang: IDR 50,000 THB 100, VND 60,000, MYR 10.
    Jumlah Deposit Maksimum bagi setiap Transaksi, setiap Mata Wang: IDR 100,000,000, THB 500,000, VND 300,000,000, MYR berbeza antara 10,000 - 50,000 mengikut Bank.
  5. Jika deposit berjaya, ia akan dipaparkan pada akaun anda tidak lama kemudian. Mungkin terdapat kelewatan jika FXTM atau pembekal pembayaran tidak dapat mengesahkan maklumat anda.
  6. Sekiranya transaksi dibuat dalam mata wang yang tidak disokong (sila semak jadual di atas untuk mata wang yang disokong), deposit anda akan ditukar kepada mata wang yang disokong yang anda pilih. Sila ambil perhatian bahawa pembekal mungkin mengenakan yuran penukaran.
  7. Sekiranya akaun dagangan dan deposit anda didenominasi dalam mata wang yang lain, transaksi tersebut akan tertakluk pada penukaran dan caj boleh dikenakan, seperti jadual Kadar Penukaran di MyFXTM (perlu log masuk).
  8. Kadar penukaran kami dikemas kini setiap hari.
  9. Yuran deposit akan ditolak daripada jumlah yang didepositkan. Sila semak jadual di atas untuk Yuran/Komisen.

MatawangMYR, THB, IDR, VND
Yuran / Komisen1.4 %
Masa Pemprosesan24 jam

Cara Mengeluarkan Dana daripada akaun MyFXTM

  1. Log masuk ke akaun MyFXTM anda, pilih "Keluarkan dana" yang terdapat pada menu di bahagian tepi di bawah “Wang Saya”.
  2. Di bahagian "Kaedah Pembayaran Tempatan", klik butang "Keluarkan" untuk meminta pengeluaran.
  3. Ikut arahan pada borang, lengkapkan borang Pengeluaran Dana dengan butiran akaun Bank anda dan sahkan bayaran tersebut.
  4. Baca Terma dan Syarat di sebelah kanan halaman. Apabila anda sudah bersedia untuk meneruskan, klik "Sahkan".
  5. Kemudian anda akan menerima kata laluan pembayaran 4 digit melalui SMS dan di alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun MyFXTM anda. Sila semak folder Spam/Junk jika anda tidak melihat e-mel tersebut di Peti Masuk anda.
  6. Masukkan kata laluan ini dalam ruangan yang diperlukan di halaman pengesahan pengeluaran dan klik "Serah".
  7. Itu sahaja! Sekarang anda boleh menjejaki kemajuan pemindahan anda melalui akaun MyFXTM anda. Pada menu di bahagian tepi, pada menu juntai bawah “Wang Saya” klik pada “Sejarah Transaksi”. Anda boleh menjejaki semua deposit dan pengeluaran yang masih belum selesai.
  8. Selagi status pengeluaran anda menunjukkan "Sedang diproses" di bahagian ini, itu bermakna permintaan anda telah diterima dan menunggu diselesaikan. Apabila status tersebut berubah kepada "Dana dihantar" (biasanya dalam masa 1 hari perniagaan dari permintaan awal anda), itu bermakna dana tersebut telah dihantar ke akaun Bank anda.

Maklumat Penting

Apabila membuat pengeluaran, sila ingat perkara yang berikut:

  1. Bayaran kepada pihak ketiga tidak diterima. Nama Penerima mesti sepadan dengan nama yang didaftarkan dengan FXTM.
  2. Sekiranya anda ingin mengeluarkan deposit permulaan, anda perlu menggunakan sumber dana yang sama daripada sumber yang digunakan untuk membuat deposit itu.
  3. Mana-mana keuntungan yang terhasil selepas deposit permulaan anda boleh dikeluarkan melalui kaedah Pembayaran lain yang tersedia untuk anda.
  4. Jumlah pengeluaran minimum bagi setiap transaksi adalah lebih kurang sama dengan USD 17. Jumlah pengeluaran maksimum bagi setiap transaksi adalah lebih kurang sama dengan USD 12,000. Untuk mendapatkan jumlah pengeluaran minimum dan maksimum yang tepat bagi setiap mata wang, sila lihat di bawah:
    Jumlah Pengeluaran Minimum bagi setiap Transaksi, setiap Mata Wang: IDR 200,000, THB 500, VND 300,000, MYR 50.
    Jumlah Pengeluaran Maksimum bagi setiap Transaksi, setiap Mata Wang: IDR 100,000,000, THB 500,000, VND 300,000,000, MYR 50,000.
    Jumlah Pengeluaran Harian Maksimum adalah sama dengan USD 25,000 atau nilai yang setara dalam mata wang yang berkaitan.
  5. Anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun anda untuk menampung pengeluaran anda. Jika tidak, anda boleh memilih untuk menutup beberapa kedudukan yang terbuka pada akaun anda.
  6. Jumlah pengeluaran minimum bagi setiap transaksi ialah USD 50. Jumlah pengeluaran maksimum sehari ialah USD 25,000.
  7. Sekiranya akaun dagangan dan pengeluaran anda didenominasi dalam mata wang yang lain, transaksi tersebut akan tertakluk pada penukaran dan caj boleh dikenakan, seperti jadual Kadar Penukaran di MyFXTM (perlu log masuk).
  8. Kadar penukaran kami dikemas kini setiap hari.
  9. Yuran pengeluaran akan ditolak daripada jumlah pengeluaran. Sila semak jadual di atas untuk Yuran/Komisen.
  10. Sila semak jadual di atas untuk masa pemprosesan FXTM berkaitan dengan pengeluaran.
Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).