Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).

WebMoney

WebMoney
MatawangUSD, EUR, RUR
Yuran / KomisenTiada Komisen
Masa PemprosesanSegera

Cara untuk Melakukan Deposit ke Akaun FXTM Anda

1. Lancarkan aplikasi WebMoney "Keeper Classic".

2. Pergi ke MyFXTM, pilih opsyen "Wang Saya / Biayai Dana" dalam menu tersebut.

3. Kemudian, pilih kaedah pembayaran pilihan dan akaun dagangan yang ingin didepositkan. 

4. Pilih matawang pilihan anda dalam medan "Matawang Pindahan" dan lengkapkan medan "jumlah". Akhirnya tekan butang "Sahkan". 

5. Selepas menghantar permintaan, sila pilih WebMoney Keeper sebagai kaedah pembayaran anda, masukkan kod yang anda lihat dalam gambar dan klik "Seterusnya". Dalam borang yang muncul, masukkan nombor dompet WebMoney anda. Akhir sekali, sahkan maklumat yang dimasukkan dan klik butang "Sahkan Pembayaran". 

6. Anda boleh melihat status pindahan anda dalam halaman Pindahan Saya. Anda patut melihat status pindahan anda sebagai "Sedang Diproses". Setelah deposit dikirimkan ke akaun dagangan anda, status dalam MyFXTM akan berubah kepada "Dana didepositkan ke akaun".

Maklumat Penting

1. Pembayaran pihak ketiga tidak diterima. Bagi deposit awalan anda - sila hantarkan satu petikan skrin akaun WebMoney anda yang jelas menunjukkan nama, alamat dan status WM passport anda.

2. Deposit hanya boleh diterima daripada akaun WebMoney dengan status pasport WM ‘Formal’ atau lebih tinggi.

3. Walaupun tiada sebarang jumlah pindahan minimum atau maksimum bagi setiap transaksi WebMoney, sekatan kewangan tertentu mungkin dikenakan terhadap pengguna WebMoney. Sekatan ini bergantung kepada jenis pasport WM yang dipegang oleh pengguna berkenaan, jenis penyimpan WM yang digunakan dan kaedah pengesahan transaksi yang telah diaktifkan.

4. Sekiranya transaksi WebMoney dilakukan dalam matawang yang tidak disokong (sila semak jadual di atas untuk matawang yang disokong), deposit anda akan ditukarkan ke dalam matawang yang disokong pilihan anda. Sila ambil maklum bahawa WebMoney mungkin mengenakan caj tukaran. Sekiranya matawang asas akaun dagangan anda dan matawang deposit adalah berbeza, transaksi berkenaan akan tertakluk kepada tukaran dan caj mungkin dikenakan (sila rujuk Jadual Tukaran).

5. FXTM tidak mengenakan sebarang caj atau komisen bagi deposit yang dilakukan melalui WebMoney.

6. Sekiranya deposit anda berjaya diproses, ia akan dikreditkan ke akaun dagangan anda. Walau bagaimanapun, transaksi anda mungkin ditunda jika WebMoney dan/atau FXTM tidak dapat mengesahkan maklumat anda.

7. Jumlah deposit awalan anda perlu dikeluarkan ke akaun WebMoney yang sama digunakan untuk melakukan deposit.

Maklumat lanjut di laman web WebMoney:

MatawangUSD, EUR, RUR
Yuran / Komisen2%
Masa Pemprosesan24 jam

Cara untuk mengeluarkan dana daripada akaun FXTM anda

1. Pergi ke MyFXTM, klik pada opsyen "Wang Saya / Keluarkan Dana" dalam menu tersebut.

2. Kemudian pilih "kaedah yang diinginkan", "Nombor Akaun","Matawang Dompet Webmoney" dan "Jumlah"

3. Akhir sekali sila isikan "Nombor Dompet Webmoney" anda dan setelah anda membaca semua syarat pengeluaran dan pasti untuk meneruskan, klik "Sahkan".

4. Anda akan menerima kata laluan pembayaran melalui SMS atau melalui alamat e-mel yang didaftarkan dalam MyFXTM. Anda perlu memasukkan kata laluan ini dalam medan yang diperlukan kemudian klik "Hantar".

5. Anda boleh menyemak status pindahan anda dalam halaman "Pengeluaran Saya". Jika anda melihat status "Sedang Diproses", ini menunjukkan bahawa permintaan anda telah diterima. Apabila status permintaan tertera sebagai "Dana dihantar", maka dana anda telah dihantar ke dompet WebMoney anda.

Maklumat Penting

1. Pengeluaran ke pihak ketiga tidak diterima. Nama dan alamat akaun WebMoney anda perlulah sepadan dengan nama dan alamat yang anda berikan ketika mendaftar dengan FXTM.

2. Anda hanya boleh mengeluarkan dana menerusi WebMoney, jika anda menggunakan WebMoney untuk mendeposit dana.

3. Anda hanya boleh mengeluarkan dana ke akaun WebMoney yang sama yang digunakan untuk deposit dana ke akaun dagangan anda.

4. Caj pemprosesan bagi pengeluaran dana akan ditolak daripada jumlah pengeluaran.

5. Sila pastikan anda mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun anda untuk pengeluaran anda. Sekiranya anda tidak mempunyai margin bebas yang mencukupi, anda perlu menutup kedudukan yang terbuka.

6. FXTM akan memproses pengeluaran dalam masa satu hari bekerja selepas permintaan pengeluaran diterima. Dana akan dikreditkan ke akaun WebMoney anda dalam masa satu hari bekerja selepas diproses oleh FXTM. Walau bagaimanapun, pengeluaran anda mungkin ditunda jika kami tidak dapat mengesahkan maklumat anda.

7. Tiada had pindahan minimum dan maksimum bagi setiap transaksi. Walau bagaimanapun, pengguna WebMoney adalah tertakluk kepada had kewangan tertentu yang ditentukan oleh tahap pengenalpastian (cth. jenis pasport WM yang dipegang oleh pengguna), jenis Penyimpan WM yang digunakan oleh ahli dan kaedah pengesahan transaksi yang diaktifkan.

8. Sebarang keuntungan dagangan boleh dikeluarkan menggunakan WebMoney selagi dana berkenaan dikeluarkan ke akaun WebMoney yang sama yang digunakan untuk membiayai akaun dagangan anda. Untung juga boleh dikeluarkan melalui pindahan bank. Walau bagaimanapun, anda perlu memberikan penyata bank yang mengesahkan nama pemegang akaun (perlu sepadan dengan nama pada akaun dagangan FXTM anda).

Teks tanda tanya untuk medan Nombor Dompet WebMoney:
Format: Z111222333444, E111222333444, R111222333444

Teks tanda tanya untuk medan 'Gunakan kod perlindungan':
Sila simpan kod ini dengan selamat kerana anda mungkin memerlukannya semula untuk membuka kunci dana dalam akaun WebMoney anda.

Scroll Top