Perbandingan Akaun

Baru FXTM Invest membolehkan pelabur berhubung dengan strategi anda secara berbayar. Baca lebih lanjut tentang FXTM Invest.

Sila Ambil Perhatian:

1Akaun NGN hanya disediakan untuk pelanggan di Nigeria.

2 Harap maklum bahawa Syarikat mengikut budi bicaranya boleh mengubah, dalam masa sejam sebelum penutupan sesi dagangan pada setiap hari Jumaat, aras Henti Keluar (Stop Out) dan Panggilan Margin (Margin Call) daripada 50% kepada 100% dan daripada 80% kepada 130% masing-masing, untuk semua akaun ECN MT4/MT5. Selain itu, harap maklum bahawa Syarikat boleh melanjutkan pindaan ini selama yang dianggap perlu selepas pembukaan pasaran, dengan memberikan notis awal bertulis kepada Pelanggan.

3 Spread adalah terapung dan boleh meningkat semasa tempoh tertentu dalam sehari bergantung pada keadaan pasaran.

4 Pasangan eksotik tidak tersedia untuk akaun tanpa swap.

5 Spread tahap institusi ditawarkan pada akaun FXTM Pro dengan syarat baki minimum EUR/GBP/USD 25,000 dikekalkan sepanjang masa. Jika baki akaun FXTM Pro menurun di bawah jumlah yang diperlukan, tawaran spread mungkin dikembalikan kepada harga runcit sehingga akaun ditambah. Dalam keadaan ini, pelanggan akan diberitahu terlebih dahulu. Selain itu, harap maklum bahawa Dagangan Saham hanya boleh didapati pada akaun FXTM Pro MT5 dan deposit minimum yang diperlukan ialah EUR/GBP/USD 250,000

6 Harap maklum bahawa pada semua akaun pelaksanaan pasaran MT4 (ECN, ECN Zero dan Pro), aras SL/TP pratetap tidak dibenarkan. Jika pelanggan ingin menambah aras SL/TP, pelanggan boleh mengubah suai kedudukan sedia ada selepas pesanan dibuka.

7Untuk Indeks Lani dan Komoditi Lani pada Akaun MT4 ECN, volum Maksimum setiap dagangan ialah 5 lot; untuk Indeks Lani, Volum lot Maksimum setiap dagangan ialah 50 lot pada ECN Zero.

8Untuk Indeks Lani dan Komoditi Lani pada Akaun MT4 ECN: volum maksimum bagi semua pesanan untuk Indeks Lani ialah 15 lot dan 50 lot bagi Komoditi Lani.

9 Komisen pada ECN MT4 hanya diambil apabila suatu kedudukan dibuka, pada tahap berganda yang disenaraikan dalam jadual di atas (dengan mengambil kira kedua-dua kedudukan pembukaan dan penutupan). Untuk butiran lanjut mengenai caj Komisen untuk akaun ECN MT4, sila rujuk Halaman Komisen. Untuk ECN MT5, Komisen ditetapkan pada $4 bagi setiap lot, $2 akan dicaj apabila kedudukan dibuka dan $2 apabila kedudukan ditutup.’

10Harap maklum bahawa keperluan margin mungkin berbeza-beza antara simbol dan pelayan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Keperluan Leveraj dan Margin.

11Harap maklum bahawa Syarikat mengikut budi bicaranya boleh menukar leveraj kepada maksimum sehingga 1:100 bagi semua pasangan mata wang forex dan logam lani dalam masa sejam sebelum sesi dagangan berakhir pada setiap hari Jumaat jika mana-mana kedudukan dibuka, ditutup atau diubah suai pada akaun Standard MT4 atau Cent MT4. Walau bagaimanapun, sebelum bermulanya sesi dagangan yang akan seterusnya, leveraj akan ditetapkan semula berdasarkan jumlah volum kedudukan yang dibuka pada akaun. Selain itu, harap maklum bahawa Syarikat boleh melanjutkan pindaan ini selama yang dianggap perlu selepas pembukaan pasaran, dengan memberikan notis awal bertulis kepada Pelanggan.

12 Pada pelayan Cent, saiz 1 Lot bersamaan 0.01 Lot Standard atau 1,000 unit. Volum maksimum bagi setiap dagangan pada pelayan Cent kami adalah 100 lot Cent yang bersamaan dengan 1 lot Standard atau 100,000 unit.

13FXTM mengenalan pelarasan dividen pada Saham dan Indeks Lani apabila kedudukan kekal terbuka pada masa penutupan sesi dagangan, pada hari perniagaan sebelum tarikh tanpa dividen. Namun begitu, sila ambil perhatian bahawa pelarasan dividen dibuat sebelum pembukaan pasaran pada tarikh tanpa dividen. Jika pelanggan memegang kedudukan beli, akaunnya akan dikreditkan dengan jumlah dividen tetap. Jika pelanggan memegang kedudukan jual, jumlah dividen akan didebitkan daripada akaunnya.

14Untuk Indeks Lani dan Komoditi Lani pada Akaun MT4 Standard: volum Maksimum setiap dagangan ialah 5 lot; volum maksimum bagi semua pesanan untuk Indeks Lani ialah 15 lot dan 50 untuk Komoditi Lani.

15Akaun Cent menawarkan leveraj tetap yang bergantung pada pengalaman dan pengetahuan anda dan boleh diubah dari dalam MyFXTM anda.

17Sila ambil perhatian bahawa untuk pelanggan yang menetap di Nigeria, terdapat keperluan deposit minimum iaitu $/€/£100 atau ₦40,000 bagi Akaun Standard, $/€/£200 atau ₦80,000 bagi akaun Advantage Plus dan $/€/£200 atau ₦80,000 bagi akaun Advantage. Untuk pelanggan yang menetap di Tanzania dan Afrika Selatan, terdapat keperluan deposit minimum iaitu $/€/£100 bagi akaun Standard, $/€/£200 bagi akaun Zero dan $/€/£500 bagi akaun Advantage.

18Komisen untuk Dagangan Saham pada PRO MT5 adalah terapung dan bergantung pada volum pesanan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Halaman Komisen.

19Sila ambil perhatian bahawa rollover harian bermula dari pukul 23:59:59 (waktu pelayan MT) dan selama beberapa saat, pelayan kami berhenti menerima sebarang permintaan kerana pemprosesan data berkaitan dengan persediaan penyata harian dan bulanan.

Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).