Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko. FT Global Ltd dikawal selia oleh IFSC.
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko. FT Global Ltd dikawal selia oleh IFSC.

Keselamatan dana pelanggan

FT Global Limited memberikan perkhidmatannya kepada lebih 10,000 orang pelanggan di 99 buah negara di seluruh dunia. Kami sentiasa tegas dalam mematuhi peraturan, amat menitikberatkan keselamatan dana pelanggan dan perlindungan terhadap pelanggan kami dan pelaburan mereka adalah menjadi keutamaan kami. Kami komited dalam mewujudkan persekitaran perdagangan yang selamat dan boleh dipercayai untuk semua pelanggan kami.

Peraturan Antarabangsa

FT Global Limited di kawal selia oleh International Financial Services Commission (IFSC) dengan nombor lesen IFSC/60/345/TS dan IFSC/60/345/APM. Kami dipercayai oleh para pedagang di seluruh dunia kerana dana mereka diasingkan di dalam akaun bank bebas, memberikan anda ketenangan fikiran.

Dana Yang Diasingkan

Dana pelanggan diasingkan sepenuhnya dari dana operasi syarikat dan disimpan di dalam Bank EU teratas. FT Global tidak akan menggunakan dana Pelanggan di dalam urusan operasi atau sebarang pelaburan lain, memastikan perlindungan dana tersebut sepanjang masa.

Perkongsian Bank

FT Global telah membentuk perkongsian dengan beberapa bank. Sila lihat halaman Deposit & Pengeluaran kami untuk maklumat yang lebih terperinci.

Teknik Penyulitan

FT Global menggunakan protokol keselamatan rangkaian SSL (Secure Sockets Layer) untuk memastikan penyambungan yang selamat di dalam semua komunikasi dengan pelanggan kami, melindungi pelanggan semasa transaksi mereka dengan syarikat dan merahsiakan semua maklumat pelanggan.

  1. Pengenalan pengguna dan dasar pengesahan pelayan, memastikan data dihantar ke terminal dan pelayan pelanggan yang betul.
  2. Penghantaran data telah dikodkan untuk mencegah kecurian data dan akses tidak sah oleh pihak ketiga.
  3. Menyimpan keutuhan data dan memastikan semua data kekal tidak berubah semasa transmisi.

Kami mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan mengamalkan amalan maklumat yang jelas.

FT Global komited dalam menyediakan ketelusan sepenuhnya. Kami memenuhi piawaian kewangan dan perlu melaporkan kepada pengatur kami secara berkala. 

Scroll Top