Apakah pesanan Sell Stop Limit dalam dagangan Forex?
Kita sudah tahu tentang Buy Stop Limit, mari kita bincang pula tentang lawannya, jual. Pesanan belum selesai “Sell Stop Limit” menggabungkan pesanan Sell Stop dan Sell Limit dan pada masa ini hanya tersedia di platform MetaTrader 5. Pesanan belum selesai ini membolehkan pedagang menentukan harga di bawah Harga Semasa instrumen yang didagangkan. Harga yang ditentukan di bawah Harga Semasa dirujuk sebagai Harga. Jika dan apabila Harga dicapai, pesanan Sell Limit dibuat automatik pada aras harga lebih tinggi Aras lebih tinggi ini dipanggil harga Stop Limit.
Dalam konteks ini, Sell Limit hanya akan dibuat jika harga Tawaran mencapai Harga itu. Kita merujuknya sebagai harga Tawaran, sudah tentu kerana kita ingin menjual. Apabila harga Tawaran naik ke Harga Stop Limit, pesanan Sell Limit dicetuskan dan kedudukan dibuka. Contohnya, jika pedagang mahu jual EURUSD dan harga semasa ialah 1.3050, dia boleh memutuskan untuk meletakkan Harga 1.2950 kerana dia percaya harga itu akan dicapai. Tetapi, oleh sebab dia percaya arah akan naik sebelum terus menurun, dia membuat pesanan Jual dengan Harga Stop Limit pada 1.3000.
Sell Stop Limit digunakan oleh pedagang yang menjangkakan pergerakan harga instrumen akan mengalami kenaikan sementara sebelum terus menurun.