Apakah Sokongan dan Rintangan dalam Dagangan Forex?
Sokongan dan rintangan adalah antara dua istilah paling popular dalam dagangan forex. Sokongan pada carta harga ialah aras harga yang menyatakan lebih ramai pembeli daripada penjual. Dengan kata lain, terdapat lebih banyak permintaan daripada bekalan dalam pasaran. Ciri utama sokongan ialah ia sentiasa di bawah harga semasa. Di sebelah bertentangan, rintangan pada carta harga ialah aras harga yang menyatakan lebih ramai penjual daripada pembeli. Iaitu terdapat lebih banyak bekalan daripada permintaan dalam pasaran. Bertentangan daripada sokongan, rintangan sentiasa di atas harga semasa.
Namun begitu, apabila pasaran dalam trend, semuanya bukan begitu mudah…
Contohnya, semasa trend menurun, nilai bawah membentuk sokongan tetapi bekalan sebenarnya lebih besar daripada permintaan. Hasilnya, garisan sokongan biasanya ditembusi. Begitu juga untuk rintangan semasa trend menaik. Aras tinggi yang berturutan membentuk rintangan, tetapi oleh sebab permintaan lebih besar daripada bekalan, rintangan biasanya ditembusi. Peranannya berubah jika berlaku penembusan: apabila rintangan ditembusi, ia menjadi sokongan dan sebaliknya.
Penting untuk diingati bahawa sokongan dan rintangan adalah berkaitan dengan harga semasa. Apa-apa di atas harga semasa ialah rintangan dan apa-apa di bawah harga semasa ialah sokongan, sama ada pasaran trend atau mendatar.