Apakah pesanan Ambil Untung dalam Dagangan Forex?
Salah satu aras harga prahitung paling penting yang digunakan oleh pedagang ialah Ambil Untung. Ini ialah jenis pesanan belum selesai yang dibuat untuk menutup kedudukan menguntungkan apabila pasaran mencapai harga tertentu. Seperti namanya, pesanan ini membolehkan pedagang menetapkan aras pratentu untuk mengunci untung. Dengan kata lain, ia mengambil untung apabila menutup kedudukan. Ambil Untung disingkatkan sebagai (T/P). Contohnya, pedagang membuat pesanan panjang (memasuki kedudukan beli) dengan memasuki pasaran pada 1.2980, menjangkakan harga terus naik. Dia ingin memanfaatkan kenaikan, jadi dia membuat pesanan Ambil Untung pada aras lebih tinggi berbanding harga masuk, katalah 1.3180. Jika harga Tawaran mencapai harga Ambil Untung yang dipratentukan pada 1.3180, kedudukan ditutup dan untung dikunci.
Jika pedagang membuat pesanan pendek (memasuki kedudukan jual), menjangkakan harga menurun, dia membuat pesanan Ambil Untung pada aras lebih rendah berbanding harga masuk kerana dia mahu memanfaatkan penurunan. Katalah pedagang memasuki pasaran pada harga sama, 1.2980. Dalam kes ini, dia memutuskan untuk membuat Ambil Untung pada 1.2880. Jika harga Tanya mencapai harga Ambil Untung yang dipratentukan, kedudukan ditutup dan untung dikunci.
Pesanan Ambil Untung (dan/atau Henti Rugi) boleh dibuat pada akaun Pelaksanaan Segera secara serentak semasa memasuki pasaran. Pada akaun Pelaksanaan Pasaran, anda boleh menentukan pesanan Ambil Untung atau Henti Rugi apabila membuat pesanan belum selesai untuk memasuki pasaran.
Akan datang ialah Henti Rugi, aras harga prahitung sama penting yang digunakan oleh ramai pedagang. Tunggu!