CFDs are complex instruments and come with a high risk of losing money rapidly due to leverage. 74% of retail investor accounts lose money when trading CFDs with this provider. You should consider whether you understand how CFDs work and whether you can afford to take the high risk of losing your money.
FXTM menawarkan dagangan forex pada MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT5), dua platform dagangan terkemuka dalam industri.
Kedua-duanya menyediakan sistem dagangan automatik perintis dengan pakar penasihat. Namun begitu, setiap satunya memberikan fungsi yang sangat berbeza dan bertentangan dengan kepercayaan yang popular, MT5 bukan naik taraf bagi MT4.
MT4 dibina secara khusus untuk pedagang forex, manakala MT5 direka untuk menyediakan akses kepada CFD, saham dan niaga hadapan kepada para pedagang.
Tentukan platform yang sesuai bagi anda dengan infografik yang berguna ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perbezaan yang penting antara platform MT4 dan MT5, atau maklumat tentang platform dagangan yang tersedia di FXTM, klik di sini.
Terdapat banyak corak carta lilin untuk membimbing pedagang mengenal pasti pembalikan bulis, pembalikan bearis dan kesinambungan trend sedia ada.
Selain itu, terdapat beberapa corak harga menggunakan bar yang mendedahkan sentimen pasaran. Contohnya, hari naik, hari turun, hari di dalam dan hari di luar.
Kesederhanaan dan kemudahan penggunaan carta garis mengorbankan maklumat tambahan bagi harga buka, tinggi dan rendah.
MetaTrader 4 adalah ringkas dan mudah untuk digunakan oleh pedagang forex. Platform ini membolehkan pengguna menyesuaikan antara muka ini mengikut keperluan dagangan mereka.
MetaTrader 5 ialah pengganti MetaTrader 4 dan dengan ciri dagangan tambahan termasuk pilihan untuk berdagang niaga hadapan dan saham.
Antara muka MT5 mempunyai reka letak yang serupa tetapi disertakan dengan banyak rangka masa, perkhidmatan dan kelebihan tambahan.
MT4 mempunyai 9 rangka masa manakala MT5 mempunyai 21 rangka masa yang termasuk 11 jenis carta minit, 7 jenis carta ikut jam dan harian, rangka masa mingguan dan tahunan, yang memberikan ruang untuk analisis pasaran yang lebih lanjut.
MT4 menyediakan 4 jenis pesanan belum selesai, manakala MT5 menawarkan 6 jenis.
MQL4 - MetaQuotes Language 4 ialah bahasa terbina dalam untuk mengaturcarakan strategi dagangan.
MQL5 - MetaQuotes Language 5 ialah bahasa tahap tinggi yang direka untuk membangunkan penunjuk teknikal, robot dagangan dan aplikasi utiliti.