Berdagang indeks global dengan broker global

Temui peluang dagangan anda dengan indeks saham popular

Mula Berdagang

Modal anda berhadapan risiko. Kami melindungi anda dengan perlindungan baki negatif.

Apabila anda berdagang indeks dengan broker yang terkemuka dalam industri, anda boleh menjangkakan untuk memilih daripada pelbagai indeks yang terkemuka dalam industri. FXTM menawarkan dagangan CFD untuk indeks lani pada beberapa sekuriti yang paling aktif di dunia, bermakna anda boleh memilih untuk membeli dan menjual indeks pada harga lani untuk disesuaikan dengan anda dan strategi dagangan anda.

Mengapa berdagang indeks dunia yang utama dengan FXTM?

Dikawal selia & berlesen secara global

Dikawal selia & berlesen secara global

Jenama kami dikawal selia dan berlesen di bawah FCA UK dan FSC Republik Mauritius, antara lainnya.

Sokongan khas dalam 18 bahasa

Sokongan khas dalam 18 bahasa

Kami bercakap dalam bahasa anda supaya anda berasa selesa semasa berdagang dengan kami.

Ketelusan yang terbaik

Ketelusan yang terbaik

Statistik Prestasi FXTM, termasuk Sebut Harga Semula, Gelinciran dan Pelaksanaan Pesanan disemak oleh PwC.

Terjamin & Selamat

Terjamin & Selamat

Dana anda disimpan dalam akaun yang berasingan dan dagangan anda dilindungi oleh perlindungan baki negatif.

Dagangan CFD pada indeks lani

Dagangan CFD pada indeks lani ialah kaedah yang mudah dan fleksibel untuk pelabur mempelbagaikan portfolio mereka — dan aset ini terus menjadi pilihan yang popular dalam kalangan pedagang pada hari ini. Pilih daripada pelbagai indeks lani yang bersifat eklektik dan akses pasaran antarabangsa, termasuk:

  • GDAX (Dax 30)
  • AUS200 (Australia 200)
  • ND100m (US Tech 100 – Mini)
  • UK100 (UK100)
  • SP500m (US SPX 500 – Mini)

Syarat dagangan dalam talian FXTM yang lebih baik memastikan anda boleh berdagang indeks dengan leveraj yang sesuai untuk gaya dagangan dan matlamat pelaburan anda. Hal ini boleh mengukuhkan kedudukan anda dan berpotensi memaksimumkan untung – namun begitu, anda perlu ingat bahawa leveraj juga boleh meningkatkan kerugian anda.

Manfaat utama berdagang CFD pada indeks

  • Boleh didagangkan panjang atau pendek untuk disesuaikan dengan strategi dagangan anda
  • Nikmati fleksibiliti waktu dagangan yang panjang
  • Bagus untuk kepelbagaian portfolio

Apakah indeks?

Indeks ialah portfolio saham. Saham-saham ini dikumpulkan mengikut sektor tertentu atau pasaran tertentu: GDAX (atau Dax 30), contohnya terdiri daripada 30 syarikat Jerman utama yang didagangkan di Bursa Saham Frankfurt. ND100m terdiri daripada saham daripada syarikat teknologi yang teratas di AS.

Bagaimanakah dagangan CFD pada indeks lani berfungsi?

Kontrak untuk Perbezaan (CFD) ialah kontrak yang dibuat antara pembeli dan penjual bagi produk yang ditentukan. Penjual bersetuju untuk membayar kepada pembeli perbezaan harga antara harga semasa dan harga pada akhir kontrak. Ini bermakna, apabila anda berdagang CFD pada indeks, anda menyasarkan keuntungan daripada pergerakan indeks - bukannya melabur dalam indeks itu. Pelabur berdagang CFD pada indeks lani di platform dagangan dalam talian, menggunakan akaun dagangan seperti akaun Advantage yang popular di FXTM.

Platform dagangan untuk dagangan indeks

Gabungkan kuasa MetaTrader dengan perkhidmatan FXTM yang memenangi anugerah untuk pengalaman perdagangan yang tiada tandingannya.

Kami menawarkan platform dagangan yang termaju dalam industri, MetaTrader pada PC, Mac, peranti mudah alih atau tablet untuk disesuaikan dengan anda.

Platform intuitif ini dilengkapi dengan semua alat yang diperlukan untuk memaksimumkan potensi perdagangan anda, termasuk penunjuk teknikal, carta interaktif dan sistem keselamatan yang hebat.

Anda boleh berdagang indeks pada semua tiga jenis akaun kami yang unik. Untuk pengetahuan anda – dagangan indeks pada akaun Micro tersedia di MetaTrader 4, manakala mereka yang mempunyai akaun Advantage atau Advantage Plus boleh mula berdagang produk yang menarik ini di MetaTrader 5.

platform-dagangan

Mula berdagang CFD pada Indeks

Leveraj

Leveraj membolehkan anda meningkatkan kuasa membeli anda. Ingatlah bahawa leveraj boleh meningkatkan kerugian anda dan juga keuntungan anda.

Dengan Akaun Advantage kami yang popular, anda boleh berdagang CFD pada indeks dengan leveraj terapung sehingga 1:2000.

*Leveraj ditawarkan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda.

Spread

Nikmati spread ultra ketat di akaun kami yang paling popular, Advantage.

Layari halaman Perbandingan Akaun Dagangan hari ini untuk mengetahui tentang akaun dagangan yang paling sesuai untuk matlamat pelaburan anda.

Waktu Dagangan

Pasaran indeks dibuka pada masa yang berbeza sepanjang hari, dengan US Tech 100 (Mini) – sebagai contoh – dibuka pada pukul 1.30 pagi dan ditutup pada pukul 11.00 malam.

Pedagang boleh mengakses perkhidmatan dagangan FXTM pada bila-bila masa pasaran dibuka, bermakna anda boleh berdagang CFD pada indeks 24 jam sehari, 5 hari seminggu.

Ketahui lebih lanjut di halaman Spesifikasi Kontrak.

Mula Berdagang

Modal anda berhadapan risiko. Kami melindungi anda dengan perlindungan baki negatif.

Scroll Top