Peraturan Pengurusan Risiko apabila Berdagang
Sebelum kita menentukan peraturan pengurusan risiko dagangan yang asas, kita perlu menentukan apa yang kita maksudkan dengan risiko dalam konteks pasaran kewangan. Risiko ialah kemungkinan hasil yang buruk, termasuk:
- Kerugian wang
- Prestasi kurang baik atau gagal untuk mencapai matlamat pelaburan dan/atau dagangan anda.
Oleh itu, pengurusan risiko terdiri daripada kawalan atau peraturan yang dibuat bagi mengurangkan risiko di atas. Terdapat tiga peraturan utama yang membentuk Pengurusan Risiko. Pertama ialah penggunaan Henti Rugi. Apabila memasuki pasaran, pedagang perlu tahu lebih awal tentang kemungkinan risiko. Pedagang perlu tahu masa untuk keluar daripada pasaran yang merugikan, bermakna mereka akan tahu lebih awal jumlah modal yang mereka bersedia untuk risikokan.
Kedua ialah Saiz Kedudukan atau sebesar mana pesanan anda. Sama ada 1 lot atau 0.01 lot? Parameter yang penting bagi saiz kedudukan adalah menentukan risiko anda bagi setiap dagangan, 1%, 2% atau lebih tinggi? Apabila anda telah melakukannya, anda boleh menentukan bilangan pip yang dirisikokan (iaitu perbezaan dalam pip antara harga masuk dan Henti Rugi). Sekarang anda mengira saiz kedudukan anda seperti berikut:
Modal dagangan = 10,000
Risiko setiap dagangan = 2% (dalam kes ini, 200)
Pip yang dirisikokan = 30 pip atau 0.0030 pip.
Saiz Kedudukan = Risiko setiap Dagangan/Pip yang dirisikokan = 200/0.0030 = 66667
Peraturan ketiga bagi Pengurusan Risiko adalah mengikut nisbah risiko dengan ganjaran. Ini bermakna sebarang keuntungan yang berpotensi adalah berkaitan secara terus dengan jumlah yang anda bersedia untuk risikokan. Jika anda mengikut nisbah risiko dengan ganjaran 1 dengan 3, maka Henti Rugi 30 pip menunjukkan keuntungan 90 pip. Begitu juga, apabila mengikut nisbah risiko dengan ganjaran 1 dengan 2, risiko 30 pip menunjukkan keuntungan 60 pip.
Kita sampai ke penghujung siri video Asas Dagangan – kita akan membincangkan tentang asas Analisis Teknikal dalam siri yang seterusnya, oleh itu bersedialah!