Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 90% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 90% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

FXTMPartners Berjaya Menyempurnakan ‘Berdagang dengan Teori Gelombang Elliott’

Menyebarkan pengetahuan forex ialah prinsip teras bagi FXTMPartners, di samping mereka meneruskan pembangunan alat dalam talian dan berkembang dari segi subjek untuk acara secara langsung di seluruh dunia. Berdasarkan prinsip itu, acara forex terbaru mereka di Malaysia adalah berasaskan topik khusus – Teori Gelombang Elliott yang popular – dan telah diterima dengan semangat yang luar biasa.

Pada 7 Oktober, Andreas Thalassinos daripada FXTM telah mengadakan seminar sehari tentang Berdagang dengan Teori Gelombang Elliott di Kuala Lumpur, di Hotel Renaissance yang indah. Seminar ini diadakan selama sehari dengan pembentangan syarikat, pengenalan kepada En. Thalassinos serta sesi pemberian sijil dan bergambar istimewa yang menyempurnakan acara tersebut.

Beberapa hari kemudian, 10-12 Oktober, En. Thalassinos mengadakan kelas master selama 3 hari beliau di Selangor.  

Topik yang dibincangkan dalam bengkel adalah:

  • Mengenal pasti permulaan Gelombang 3.
  • Mengenali peluang untuk memasuki pasaran menggunakan Gelombang Elliott.
  • Mengira harga dan sasaran ambil untung dengan gelombang.
  • Cara menggunakan penunjuk Ichimoku Kinko Huyo yang popular dengan Gelombang Elliott.
  • Penggunaan amalan pengurusan risiko yang baik

Hasil daripada kedua-dua acara ini sangat hebat dan maklum balas yang positif daripada peserta memberi FXTMPartners insentif selanjutnya untuk terus mengadakan bengkel dan seminar.

Reputasi FXTMPartners sebagai rangkaian ahli gabungan yang terkemuka semakin berkembang, tetapi hal ini tidak akan dicapai tanpa peserta yang menghadiri acara-acara ini. Bagi pihak FXTMPartners, kami berterima kasih kepada semua yang hadir ke seminar dan bengkel di Malaysia!

Untuk maklumat lanjut tentang FXTMPartners, sila klik di sini.

Masih belum berdagang dengan broker bertaraf dunia? Buka akaun dagangan anda hari ini!

Berita Acara Terkini

Scroll Top