Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 90% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 90% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Apakah Bar Carta? Technical Analysis

Siri Video Pendidikan Forex

Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan di FXTM.

Apakah Bar Carta?

Terdapat tiga jenis carta utama yang digunakan pedagang untuk meramal pasaran, khususnya dalam menentukan arah pergerakan harga dan mengenal pasti trend. Carta pertama yang akan kita bincangkan sebagai sebahagian daripada siri video "Perkara Asas Analisis Teknikal" FXTM, ialah Carta Bar. Ini merupakan teknik barat dalam pencartaan harga, yang terdiri daripada garisan menegak yang mewakili julat harga bagi tempoh masa tertentu. Tempoh masa ini bergantung pada carta anda - dengan tempoh yang paling popular adalah setiap jam, harian, mingguan dan bulanan.

Titik paling tinggi dalam bar ini mewakili harga tinggi bagi aset kewangan yang berkenaan, dan titip paling rendah mewakili harga rendah. Jarak antara dua titik ini dikenali sebagai julat harga. "Tanda rait" di sebelah kiri mewakili harga pembuka, dan "tanda rait" di sebelah kanan mewakili harga penutup. Garisan menegak, bersama-sama tanda rait di sebelah kiri dan kanan dirujuk sebagai Bar. Dua bar yang berturut-turut mewakili hubungan khusus yang dikenal pasti oleh pedagang teknikal. Perkara ini meliputi:

  • Hari Naik – apabila nilai tinggi bagi hari kedua adalah lebih tinggi daripada nilai tinggi hari pertama dan nilai rendah hari kedua adalah lebih tinggi daripada nilai rendah hari pertama. Keadaan itu menandakan bahawa terdapat lebih ramai pembeli berbanding penjual.
  • Hari Turun – apabila nilai tinggi bagi hari kedua adalah lebih rendah daripada nilai tinggi hari pertama dan nilai rendah hari kedua adalah lebih rendah daripada nilai rendah hari pertama. Keadaan itu menandakan bahawa terdapat lebih ramai penjual berbanding pembeli.
  • Hari Dalam – apabila nilai tinggi bagi hari kedua adalah lebih rendah daripada nilai tinggi hari pertama dan nilai rendah hari kedua adalah lebih tinggi daripada nilai rendah hari pertama. Keadaan itu menandakan bahawa terdapat pemberhentian sementara, atau tempoh yang sangat tenang dalam pasaran.
  • Hari Luar – apabila nilai tinggi bagi hari kedua adalah lebih tinggi daripada nilai tinggi hari pertama dan nilai rendah hari kedua adalah lebih rendah daripada nilai rendah hari pertama. Formasi ini menggambarkan pergolakan dan ketidakstabilan dalam pasaran.

Seterusnya ialah carta harga yang paling penting dan paling popular, Carta Batang Lilin Jepun!

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top