Apakah pasangan matawang dagangan "Utama"?
Dalam forex, anda akan mendagangkan satu matawang untuk matawang lain dengan niat untuk mendapatkan untung. Tujuh pasangan matawang yang paling banyak didagangkan dalam forex dikenali sebagai matawang Utama. Pasangan berkenaan adalah:
Euro / Dolar AS
Dolar AS / Yen Jepun
Pound Sterling / Dolar AS
Dolar Australia / Dolar AS
Dolar AS / Franc Switzerland
Dolar AS / Dolar Kanada dan,
Dolar New Zealand / Dolar AS
Matawang Utama ini sering dirujuk menggunakan nama gelaran masing-masing:
Euro
Yen
Cable
Aussie
Swissy
Loonie
Kiwi
Berbanding pasangan lain, matawang Utama ini berkongsi ciri-ciri tertentu yang menjadikannya begitu popular dalam kalangan pedagang. Ciri-ciri berkenaan menjadi alasan mengapa matawang ini mewakili 80% daripada volum yang didagangkan dalam pasaran forex. Pelaporan dalam ekonomi matawang ini juga begitu meluas, menggambarkan bahawa terdapat lebih banyak maklumat berkenaan matawang tersebut. Walau bagaimanapun, popularitinya turut bergantung pada kecairan dan ketidakstabilan yang rendah. Matawang berkenaan juga kurang terdedah kepada manipulasi dan mempunyai spread yang lebih ketat berbanding pasangan matawang lain.