Penganalisis Pasaran FXTM

Han Tan

Han Tan

Penganalisis Pasaran di Exinity Group

E-mail: media@fxtm.com

Maklumat peribadi

Tan Chung Han (Han Tan) menyertai FXTM pada bulan Januari 2019 sebagai Penganalisis Pasaran. Han merupakan wartawan kewangan dan pembaca berita yang berpengalaman dengan pemahaman yang mendalam tentang rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik. Beliau akan memberikan wawasan yang berharga tentang berita pasaran tempatan dan antarabangsa, serta trend makroekonomi. Han juga akan bertindak sebagai wakil syarikat untuk rantau ini dengan menyediakan ulasan pasaran, dengan itu memantapkan reputasi FXTM sebagai kuasa peneraju bagi trend mata wang dunia.

Sejak menamatkan pengajian pada tahun 2006 daripada Liberty University di Virginia, Amerika Syarikat, Han telah bekerja untuk beberapa penyiar negara, termasuk Bloomberg TV Malaysia, BFM dan TV3. Beliau juga membuat laporan untuk rancangan popular Dashboard dan Moving Malaysia di Bloomberg TV Malaysia. Sebagai wartawan, Han telah diberi peluang untuk menemu bual pembuat dasar dan peneraju industri yang penting seperti Cecilia Malmstrom, ahli politik Malaysia, YB Lim Kit Siang, bekas CEO Malaysia Airlines, Peter Bellew dan pemenang Nobel Peace Prize 2006 Muhammad Yunus. Sebagai sebahagian daripada pasukan Bloomberg TV Malaysia yang meluas, Han merupakan sebahagian daripada rangkaian yang menemu bual jurucakap daripada bank seperti Standard Chartered dan HSBC. Han juga pernah menjadi moderator dalam perbincangan panel dengan wakil daripada Bank Negara Malaysia dan Bank Dunia Malaysia.   

Pada masa beliau berkhidmat sebagai wartawan dan pembaca berita utama, Han telah membina reputasi yang unggul kerana analisis beliau yang jitu tentang pasaran mata wang dan komoditi.

Han akan memberikan sumbangan kepada pasukan Penyelidikan dan Analisis Pasaran FXTM yang memenangi anugerah dengan memberikan wawasan yang mendalam tentang pasaran kewangan global, dengan tumpuan kepada Asia Pasifik dan Asia Tenggara.

Scroll Top
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan risiko. Exinity Limited dikawal selia oleh FSC (Mauritius).