Matawang | BTC |
Yuran / Komisen | Tiada Komisen |
Masa Pemprosesan | 24 jam |
Cara Membuat Deposit ke Akaun FXTM Anda
- Lengkapkan borang Deposit Dana di MyFXTM dan sahkan bayaran.
- Kemudian anda akan dihalakan semula ke halaman pembayaran Bitcoin. Satu invois akan dijana yang menunjukkan kod QR.
- Imbas kod QR tersebut dan anda akan dihalakan semula ke aplikasi dompet Bitcoin peribadi anda.
- Selepas anda berada di dompet Bitcoin, sila sahkan bayaran tersebut.
- Selepas bayaran disahkan, sila tunggu di halaman itu selama 5 hingga 10 saat berikutnya. Anda mesti melihat status transaksi.
- Sekarang anda boleh menjejak kemajuan pemindahan anda melalui akaun MyFXTM anda. Pada menu di tepi, klik pada "Wang Saya". Dari menu ke bawah, klik pada "Sejarah Transaksi". Anda boleh menjejak semua deposit dan pengeluaran yang masih menunggu untuk diselesaikan.
- Apabila status deposit anda ditunjukkan sebagai "Sedang diproses" dalam bahagian ini, itu bermakna permintaan anda telah diterima dan sedang menunggu untuk diselesaikan. Biasanya status akan berubah kepada "Dana telah didepositkan ke akaun anda" dalam masa 1-2 jam.
Maklumat Penting
Apabila anda membuat deposit anda, sila pastikan anda mengingati perkara berikut:
- Bayaran daripada pihak ketiga tidak diterima. Nama Pengirim mesti sepadan dengan nama yang berdaftar dengan FXTM.
- Semua transaksi yang dihantar dalam mata wang berbeza daripada mata wang akaun anda akan ditukarkan secara automatik mengikut kadar pertukaran FXTM.
- Jika deposit berjaya dilakukan, ia akan disiarkan pada akaun anda tidak lama kemudian. Mungkin berlaku kelewatan jika FXTM atau penyedia pembayaran tidak dapat mengesahkan maklumat anda.
- Jika transaksi dilakukan dalam mata wang yang tidak disokong (sila semak jadual di atas untuk mata wang yang disokong), deposit anda akan ditukarkan kepada mata wang pilihan anda yang disokong. Sila ambil perhatian bahawa penyedia mungkin mengenakan bayaran pertukaran dalam keadaan ini.
- Jika akaun dagangan dan deposit anda dinyatakan dalam mata wang berbeza, transaksi akan tertakluk pada pertukaran dan bayaran mungkin dikenakan, mengikut jadual Kadar Pertukaran dalam MyFXTM (log masuk diperlukan).
- Kadar pertukaran kami dikemas kini setiap hari.
- Bayaran deposit akan ditolak daripada jumlah yang didepositkan. Sila semak jadual di atas untuk Bayaran/Komisen.
- Sila semak jadual di atas untuk waktu pemprosesan FXTM berkaitan dengan deposit.
- Sila ambil perhatian, terdapat had maksimum sebanyak USD/EUR/GBP 25,000 setiap pelanggan, sebulan.
- Pengeluaran Bitcoin akan dikembalikan ke dompet Bitcoin yang sama digunakan untuk membuat deposit.
- Sila ingat bahawa jumlah yang boleh dikeluarkan ke alamat Bitcoin tertentu tidak boleh melebihi jumlah yang didepositkan dari alamat Bitcoin yang sama.
- Anda mungkin perlu memberi kami petikan skrin daripada dompet Bitcoin anda, dengan transaksi FXTM jelas kelihatan.
- Untuk jumlah pengeluaran (terkumpul atau sekali) yang lebih daripada USD / EUR / GBP 3,000 sehari, anda mungkin akan diminta untuk memberikan nama dompet Bitcoin anda dan FXTM mungkin perlu berkongsi dokumen KYC anda dengan penyedia pembayaran. Prosedur ini mungkin menyebabkan kelewatan selama 1 hari perniagaan tambahan.
- Sila ambil perhatian bahawa untuk membuat deposit lebih daripada USD / EUR / GBP 3,000 setiap transaksi ke akaun dagangan anda, anda perlu memberikan dokumen KYC anda kepada penyedia perkhidmatan untuk meluluskan akaun kripto anda sekali. Penyediaan dokumen perlu dilakukan semasa proses deposit.
- Harap maklum bahawa jika anda memilih tahap dasar Yuran Rangkaian untuk ditetapkan kepada lebih rendah daripada tahap “Normal”, tindakan ini boleh menyebabkan transaksi ditolak oleh rangkaian. Lebih tinggi tahapnya, lebih besar insentif untuk transaksi anda ditambah ke dalam blok dalam rantaian blok.
- Sila pastikan dompet BTC anda terkini sepanjang masa.
- Harap maklum bahawa hanya dompet bitcoin yang menyokong protokol pembayaran Bitcoin terbaru yang diterima. Pembekal mencadangkan anda menggunakan dompet bitcoin berikut: Dompet Bitpay, Copay, BTC.com, Mycelium, Edge, Electrum, Bitcoin Core, Bitcoin.com, BRD, Bitnovo, Blockchain, Exodus, HODL. Jika dompet anda tidak disenaraikan, ia mungkin tidak dapat berfungsi dengan pembekal. Perlu diketahui bahawa pembayaran melalui bursa bitcoin adalah tidak diterima oleh pembekal. Pembekal telah mendapati bahawa proses pentadbiran melalui bursa menyebabkan kelewatan yang ketara dan keadaan ini mengganggu rangkaian bitcoin dan kadar yang dijamin.
- Semua maklumat berkaitan dengan butiran dompet dan/atau alamat Bitcoin anda sentiasa dihantar melalui alamat e-mel FXTM yang rasmi. Kami tidak akan pernah meminta apa-apa butiran dompet Bitcoin peribadi. Jika anda menerima sebarang permintaan yang mencurigakan dari alamat e-mel yang tidak dikenali atau tidak sah, sila hubungi kami di: backoffice@fxtm.com
Matawang | BTC |
Yuran / Komisen | 1 % |
Masa Pemprosesan | 24 - 48 hours |
Cara Mengeluarkan Dana daripada akaun MyFXTM
- Dalam MyFXTM, sila pilih tab "Keluarkan dana" yang boleh didapati pada menu di tepi, di bawah “Wang Saya.”
- Tatal ke bawah ke bahagian “E-Dompet” di bahagian bawah halaman dan klik butang “Keluarkan” untuk meminta pengeluaran menggunakan "Bitcoin".
- Ikut arahan pada borang, lengkapkan borang Pengeluaran Dana dalam MyFXTM dan sahkan pengeluaran.
- Baca Terma dan Syarat di sebelah kanan halaman. Apabila anda sudah bersedia untuk meneruskan, klik "Sahkan".
- Kemudian anda akan menerima kata laluan pembayaran 4 digit melalui SMS dan di alamat e-mel yang dihubungkan dengan akaun MyFXTM anda. Sila semak folder Spam/Junk anda jika anda tidak melihat e-mel ini dalam Peti Masuk anda. Masukkan kata laluan ini dalam medan yang diperlukan di halaman pengesahan pengeluaran dan klik "Serah".
- Itu sahaja! Sekarang anda boleh menjejak kemajuan pemindahan anda melalui akaun MyFXTM anda. Pada menu di tepi, klik pada “Wang Saya”. Dari menu ke bawah, klik pada “Sejarah Transaksi”. Anda boleh menjejak semua deposit dan pengeluaran yang masih menunggu untuk diselesaikan.
- Apabila status pengeluaran anda ditunjukkan sebagai "Sedang diproses" dalam bahagian ini, itu bermakna permintaan anda telah diterima dan sedang menunggu untuk diselesaikan. Apabila status berubah kepada "Dana telah dihantar" (biasanya dalam masa 1 hari perniagaan dari permintaan awal anda), dana telah dihantar ke dompet Bitcoin anda.
Maklumat Penting
Apabila membuat pengeluaran, sila pastikan anda mengingati perkara berikut:
- Bayaran kepada pihak ketiga tidak diterima. Nama Penerima mesti sepadan dengan nama yang berdaftar dengan FXTM.
- Jika permintaan pengeluaran diserahkan, semua transaksi deposit Bitcoin akan dikembalikan ke sumber dana itu dihantar. Pengeluaran Bitcoin akan dikembalikan ke dompet Bitcoin yang sama digunakan untuk membuat deposit.
- Sebarang keuntungan yang terhasil selepas deposit awal anda boleh dikeluarkan mengikut mana-mana Kaedah pembayaran yang disediakan untuk anda.
- Anda perlu memastikan anda mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun anda untuk menampung pengeluaran anda. Jika tidak, anda boleh memilih untuk menutup beberapa kedudukan yang terbuka dalam akaun anda.
- Jika akaun dagangan dan permintaan pengeluaran anda dinyatakan dalam mata wang berbeza, transaksi akan tertakluk pada pertukaran dan bayaran mungkin dikenakan, mengikut jadual Kadar Pertukaran dalam MyFXTM (log masuk diperlukan).
- Kadar pertukaran kami dikemas kini setiap hari.
- Bayaran pengeluaran akan ditolak daripada jumlah yang dikeluarkan. Sila semak jadual di atas untuk Bayaran/Komisen.
- Sila semak jadual di atas untuk waktu pemprosesan FXTM berkaitan dengan pengeluaran.
- Sila ambil perhatian, terdapat had maksimum sebanyak USD/EUR/GBP 25,000 setiap pelanggan, sebulan.
- Untuk jumlah pengeluaran (terkumpul atau sekali) yang lebih daripada USD / EUR / GBP 3,000 sehari, anda mungkin akan diminta untuk memberikan nama dompet Bitcoin anda dan FXTM mungkin perlu berkongsi dokumen KYC anda dengan penyedia pembayaran. Prosedur ini mungkin menyebabkan kelewatan selama 1 hari perniagaan.
- Sila ingat bahawa jumlah yang boleh dikeluarkan ke alamat Bitcoin tertentu tidak boleh melebihi jumlah yang didepositkan dari alamat Bitcoin yang sama.
- Syarikat berhak memproses permintaan pengeluaran Bitcoin pelanggan melalui kaedah pembayaran lain, jika berlaku force majeure dan/atau Bencana Alam dan/atau apa-apa sebab lain di luar kawalan munasabah Syarikat.
- Harap maklum bahawa jika anda memilih tahap dasar Yuran Rangkaian untuk ditetapkan kepada lebih rendah daripada tahap “Normal”, tindakan ini boleh menyebabkan transaksi ditolak oleh rangkaian. Lebih tinggi tahapnya, lebih besar insentif untuk transaksi anda ditambah ke dalam blok dalam rantaian blok.
- Harap maklum bahawa hanya dompet bitcoin yang menyokong protokol pembayaran Bitcoin terbaru yang diterima. Pembekal mencadangkan anda menggunakan dompet bitcoin berikut: Dompet Bitpay, Copay, Mycelium, Airbitz, Electrum, Bitcoin Core, Bitcoin.com, BRD (Bread). Jika dompet anda tidak disenaraikan, ia mungkin tidak dapat berfungsi dengan pembekal. Perlu diketahui bahawa pembayaran melalui bursa bitcoin adalah tidak diterima oleh pembekal. Pembekal telah mendapati bahawa proses pentadbiran melalui bursa menyebabkan kelewatan yang ketara dan keadaan ini mengganggu rangkaian bitcoin dan kadar yang dijamin.
- Sila pastikan dompet BTC anda terkini sepanjang masa.
- Semua maklumat berkaitan dengan butiran dompet dan/atau alamat Bitcoin anda sentiasa dihantar melalui alamat e-mel FXTM yang rasmi. Kami tidak akan pernah meminta apa-apa butiran dompet Bitcoin peribadi. Jika anda menerima sebarang permintaan yang mencurigakan dari alamat e-mel yang tidak dikenali atau tidak sah, sila hubungi kami di: backoffice@fxtm.com.