Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 81% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 81% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Ganjaran Blok Bitcoin

Bitcoin Block Rewards

Tentang Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan FXTM. Tenaga pengajar FX yang disegani dan Juruanalisis Teknikal Diiktiraf yang juga penguasa dalam dagangan algoritma.

Mempelajari Forex

Bukti kerja adalah salah satu daripada ciri yang lebih bijak bagi inovasi Satoshi Nakamoto, Bitcoin. Ia mewakili pengesahan transaksi atau lebih khusus, blok transaksi.

Bagaimanakah Rantaian Blok Berfungsi?


Transaksi memerlukan "orang tengah" atau pusat amanah yang biasanya disediakan oleh institusi kewangan. Dalam dunia mata wang kripto dan transaksi Bitcoin khususnya, pusat amanah ini dipindahkan kepada "nod" atau komputer yang dihubungkan ke rangkaian Bitcoin. Dengan kata lain, amanahnya tidak lagi berpusat, tetapi tak terpusat dan diagihkan di seluruh sistem Bitcoin.

Pada asas teknologi rantaian blok, nod pada rangkaian rakan ke rakan Bitcoin mengesahkan dan mengumpulkan transaksi menjadi blok. Langkah seterusnya adalah untuk memasukkan blok ini dalam lejar teragih yang kekal – iaitu rantaian blok. Untuk blok dimasukkan ke dalam rantaian blok, tugas tertentu mesti dilaksanakan: salah satu nod perlu menyelesaikan teka-teki matematik atau lebih tepat, cincangan kriptografi.

teka-teki kriptografi

Pendekatan Daya Kasar


Kuasa pengiraan yang sangat hebat diperlukan untuk menyelesaikan teka-teki atau cincangan ini. Nod - juga dikenali sebagai pelombong - perlu mencincang maklumat dalam blok (iaitu, pengepala blok) untuk memenuhi syarat tertentu. Salah satu daripada syaratnya ialah cincangan kriptografi yang terhasil mestilah kurang daripada nombor tertentu atau perlu menyertakan nombor tertentu yang didahului sifar. Tugas ini sukar untuk dijayakan, dengan cara cuba-cuba yang menyeluruh - dan jumlah tenaga yang besar -  diperlukan untuk mencapai sasaran. Kaedah penyelesaian teka-teki rantaian blok ini dikenali sebagai pendekatan daya kasar.
 

dayakasar

Seperti yang diterangkan dalam artikel Kunci dan Alamat Bitcoin, bilangan gabungan 256 bit yang berkemungkinan untuk teka-teka kriptografi seperti ini ialah kira-kira 1077. Itulah sebabnya nod memerlukan kuasa pengkomputeran yang betul-betul hebat. Dengan teknologi rantaian blok semakin diterima dalam arus utama, kita boleh menjangkakan penggunaan elektrik akan meningkat, apabila peranti tersuai yang memerlukan kuasa yang besar ini menjadi lebih lazim. 

Ganjaran Blok


Untuk mengurangkan masalah dan perbelanjaan bagi penggunaan kuasa yang berlebihan ini, Satoshi Nakamoto menyertakan insentif dalam sistem Bitcoin. Nod pertama yang menyelesaikan teka-teki akan mendapat ganjaran istimewa, dikenali sebagai ganjaran blok. Ganjaran pertama telah ditetapkan pada 50 bitcoin (fikirkan tentang nilainya dalam dolar dengan kadar pertukaran pada hari ini!). Secara realitinya, dengan kemasukan setiap blok baru dalam rantaian blok, ganjaran yang berpadanan diperoleh dengan begitu sahaja.

ganjaran separuh

Oleh itu, pasti ada cara untuk mengawal penempaan ganjaran bitcoin yang baru ini. Nakamoto menetapkan had kira-kira 10 minit sebelum blok seterusnya boleh dimasukkan ke dalam rantaian blok. Dengan kata lain, cincangan kriptografi perlu mengambil masa kira-kira 10 minit menurut Satoshi Nakamoto. Ini bermaksud 144 blok sehari atau 52,560 setahun. Logik menunjukkan bahawa apabila lebih banyak nod dan lebih berkuasa komputer yang menyertai rangkaian Bitcoin, lebih cepat teka-teka ini akan diselesaikan.

Ganjaran Blok Bitcoin

Parameter 'Kesukaran'


Untuk mengelakkan sebarang arah aliran inflasi, Nakamoto menyertakan parameter yang dipanggil 'kesukaran' dalam protokol Bitcoin. Parameter kesukaran meningkatkan bilangan sifar yang mendahului dalam cincangan yang terhasil apabila nod menyelesaikan teka-teki dalam kurang daripada 10 minit. Ini memastikan blok baru dimasukkan dalam rantaian blok setiap lebih kurang sepuluh minit. Seperti yang ditunjukkan dalam carta di atas, ganjaran untuk menyelesaikan cincangan kriptografi menjadi separuh bagi setiap 210 000 blok - atau kira-kira setiap 4 tahun. Ganjaran blok bitcoin terakhir akan diberikan pada tahun 2140.

Artikel bitcoin dan dompet mata wang kripto terdahulu:

Asal Usul Mata Wang Digital: Permulaan Perjalanan Baru yang Panjang

Mendedahkan Urus Niaga Bitcoin: Cara ia Berfungsi

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top