Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 81% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 81% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Cara Menggunakan Alat Dagangan Yang Betul Dalam Pasaran Forex

Use the Right Tools

Tentang Pengarang: Andreas Thalassinos (BSc, MSc, MSTA, CFTe, MFTA), Ketua Jabatan Pendidikan FXTM. Tenaga pengajar FX yang disegani dan Juruanalisis Teknikal Diiktiraf yang juga penguasa dalam dagangan algoritma.

Mempelajari Forex

Ketika berdagang dalam pasaran kewangan, pedagang sering berhadapan dengan keadaan dilema untuk sama ada memasuki dagangan atau mengabaikannya. Sesetengah pedagang forex menggunakan "gerak hati" mereka dalam melakukan keputusan penting ini. Naluri atau gerak hati ini biasanya lebih cenderung kepada pengaruh daripada dua prinsip emosi: tamak dan takut. Ketamakan akan mendesak pedagang untuk membuka dagangan, manakala ketakutan akan menghalang mereka daripada berbuat demikian.

Dalam apa jua keadaan - tidak kira tahap pengalaman mereka - pedagang perlu memanfaatkan lebih daripada sekadar gerak hati dalam melakukan keputusan ini. Pengetahuan yang lebih mendalam diperlukan bagi memastikan sistem dagangan yang berkesan dalam pasaran kewangan.

Sebagai pedagang, anda perlu tahu bila waktunya untuk menggunakan alat dagangan yang betul. Hal ini bergantung kepada jenis pasaran yang didagangkan.

Pasaran Forex Dalam Trend

Semasa trend pasaran, semua orang mengambil kesempatan dan menemui pelbagai peluang untuk menjana lebih banyak keuntungan. Sama ada trend menurun (ditunjukkan menerusi corak menurun yang konsisten pada carta harga) atau trend menaik (corak menaik yang konsisten pada carta harga), jenis pasaran ini biasanya dianggap sebagai lubuk emas pedagang.

Prinsip yang paling penting untuk diingati dalam trend adalah ia berkemungkinan besar akan berterusan pada arah yang sama, sama ada menaik atau menurun.

Sama ada anda menggunakan Analisis Teknikal, Analisis Fundamental atau sekadar menurut gerak hati anda, mengenal pasti kewujudan trend adalah mustahak. Ikuti trend dan pastikan anda menggunakan sistem dagangan dan alatan anda dengan betul.

Pasaran Forex Dalam Trend

Pasaran Forex Sisi

Sistem menurut trend berlangsung dengan lancar semasa pasaran yang berada dalam trend. Malangnya, keadaan ini tidak seratus peratus benar dalam kes pergerakan sisi. Dalam keadaan ini, tiada ruang untuk trend dialihkan dan tiada ruang bagi membolehkan keuntungan berpotensi diperolehi sepenuhnya. Pasaran sisi atau julat biasanya merupakan jalur tipis bagi tindakan harga. Baca lebih lanjut dalam “Dagangan Julat Diperjelaskan”.

Pasaran Forex Sisi

Walaupun kebanyakan pedagang terpikat dengan dagangan julat - kerana kebanyakan daripada mereka berasa bahawa ia lebih kelihatan "selamat" dan terjamin secara bertulis - mereka juga akan mengetahui bahawa sebaik sahaja mereka mengenal pasti sesuatu julat, ia biasanya sudah terlambat.

Oleh itu, sudah pastinya kebanyakan strategi dagangan telah dibangunkan untuk mempermudahkan pedagang sebegini. Strategi ini telah menggariskan secara jelas peraturan keluar dan masuknya. Malah teknik sasaran harga maksimum turut dirangka bagi tujuan ini.

Pasaran dalam trend dan pasaran sisi merupakan dua kategori yang luas berkenaan jenis pasaran forex yang perlu dikenal pasti oleh pedagang untuk menggunakan alat dan strategi dagangan yang betul. Baca artikel saya, “Mengenal Pasti Trend: Panduan Pedagang Baru” untuk mengetahui cara untuk mengenal pasti sesuatu trend.

Contoh Alat Dagangan Teknikal untuk Pedagang Forex Yang Mengikuti Trend: ADX

Pembalikan Trend

Salah satu daripada penanda paling popular yang dibangunkan untuk mengesan kehadiran Indeks Pergerakan Arah Purata, atau ADX. Bacaan di atas paras 20 atau 25 menandakan kehadiran sesuatu trend. Mengenal pasti pasaran dalam trend merupakan kelebihan untuk pedagang yang mengikuti trend kerana mereka akan menggunakan sistem yang mengikut trend, iaitu sistem yang beroperasi dengan berkesan dalam kenaikan atau kejatuhan pasaran.

Sementara itu, bacaan ADX di bawah paras 20 atau 25 menjadi petanda bagi pasaran sisi yang membatalkan kesan sistem mengikut trend. Jika seseorang pedagang berhasrat untuk meneruskan dagangan dalam pasaran sisi, maka Pengayun Momentum merupakan alat yang sesuai.

Kemungkinan

Jangan lupa bahawa berdagang dalam pasaran forex merupakan urusan yang melibatkan kemungkinan, bukan jaminan. Amalan biasa adalah untuk melakukan dagangan dalam arah pergerakan dengan kemungkinan terbaik sesuatu tindakan.

Jika anda mengikut nasihat ini, kemungkinan besar anda akan dapat melihat keuntungan anda berganda. Walau bagaimanapun, "gerak hati" masih mungkin perlu menjadi petunjuk anda. Jika tidak, anda perlu bersedia sepenuhnya untuk menghadapi perasaan sedih akibat kerugian yang bakal dihadapi - dan jangan biarkan perasaan ini mengaburi pertimbangan anda.

Kemungkinan

Ini merupakan contoh terbaik tentang bagaimana "tuah" dalam pasaran dapat menyusahkan anda. Walaupun trend menaik atau trend menurun berkemungkinan besar akan berterusan dalam arah yang sama, pembalikan trend mungkin berlaku dan anda mungkin perlu bersiap sedia untuk menghadapinya.

Corak pembalikan popular akan membawa anda menerusi isyarat bagi pengakhiran trend yang berterusan dan permulaan trend baru dalam arah yang berlawanan. Pada masa yang sama, penanda trend popular akan memberitahu anda mengenai sebarang perubahan yang mungkin berlaku terhadap arah pergerakan pasaran.

Baca lebih lanjut:Rahsia Di Sebalik Pembalikan Trend Keberuangan

Baca lebih lanjut: “Menjelaskan Pembalikan Trend Kelembuan

Rumusan

Dagangan pasaran kewangan merupakan urusan yang melibatkan kemungkinan. Matlamat utama bagi mana-mana pedagang yang mengikuti trend adalah untuk mengenal pasti pasaran dalam trend dan ikuti sistem yang berkesan dengan tahap kemasukan, Ambil Untung, dan keluar yang tepat. ADX merupakan penanda yang bagus untuk digunakan dalam mengenal pasti trend.

Jika pasaran sisi menjadi pilihan pedagang, maka pengayun momentum dan strategi dagangan kukuh yang beroperasi dengan berkesan dalam pasaran julat harus dimanfaatkan.

Pokoknya, kenali pasaran anda supaya anda boleh menggunakan alat dagangan yang paling sesuai!

Penafian: Bahan bertulis/visual ini merangkumi pendapat dan idea peribadi. Kandungan ini tidak boleh dianggap sebagai sebarang jenis nasihat pelaburan dan/atau pemujukan bagi apa jua transaksi. Ia tidak mencerminkan kewajipan untuk membeli perkhidmatan pelaburan, dan juga tidak menjamin atau meramal prestasi akan datang. FXTM, anggota gabungannya, ejen, pengarah, pegawai atau pekerjanya tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan, kesahihan, ketepatan masa atau kesempurnaan bagi sebarang maklumat atau data yang tersedia dan menganggap tiada liabiliti atas sebarang kerugian yang berlaku disebabkan oleh sebarang pelaburan berdasarkan perkara yang sama.

Amaran Risiko: Dagangan produk leveraj spt forex & CFD melibatkan tahap risiko yang tinggi. Anda tidak sepatutnya menempatkan risiko yang lebih tinggi daripada jumlah yang anda sanggup rugi, kerana anda mungkin kerugian lebih daripada jumlah pelaburan awalan anda. Anda tidak sepatutnya melakukan dagangan melainkan anda benar-benar memahami pendedahan sebenar anda terhadap risiko kerugian. Apabila melakukan dagangan, anda perlu sentiasa mengambil kira tahap pengalaman anda. Jika anda tidak jelas dengan risiko yang terlibat, sila dapatkan nasihat kewangan bebas.

Scroll Top