Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 90% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 90% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

Mastercard Maya FXTM

FXTM Virtual Mastercard

MasterCard Maya FXTM adalah MasterCard prabayar maya di dalam USD atau EUR yang dipautkan ke akaun dagangan anda. Kad anda membenarkan anda mengeluarkan dana dari akaun dagangan di mana pun anda berada dan untuk membeli barangan dan perkhidmatan di dalam talian.

Dengan MasterCard Maya FXTM, dana anda didepositkan di dalam akaun yang selamat dengan Lamda Card Services.

Sila ambil perhatian: Semasa pengeluaran anda sedang diproses (dari akaun dagangan FXTM anda ke MasterCard Maya FXTM), anda harus menghubungi Lamda Card Services sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan.

Perkhidmatan MasterCard Maya FXTM adalah disediakan oleh Lamda Card Services.

Bayaran dan caj boleh ditemui di sini.

Setiap MasterCard Maya FXTM mempunyai had sebanyak 2500 EUR / 3500 USD.

Setiap pelanggan yang diluluskan layak memegang maksimum DUA (2) MasterCard Maya FXTM, setiap satu bagi matawang dasar akaun (USD/ EUR).

Buat masa ini, MasterCard Maya FXTM dikeluarkan sebagai kad maya sahaja dan tidak boleh dikeluarkan di dalam bentuk plastik. Walau bagaimanapun, anda mempunyai pilihan untuk membuat permohonan dengan Lamda Card Services, dan MasterCard Maya anda boleh dinaiktaraf ke kad plastik.

MatawangUSD, EUR
Yuran / KomisenTanpa Komisen
Masa PemprosesanHari Kerja yang Sama***

Bagaimana mengeluarkan dana dari akaun FXTM anda

1.    Di dalam MyFXTM, pilih "Pengeluaran Dana" di dalam menu atas dan pilih "Pengeluaran" sebagai "Jenis Pemindahan". Pilih akaun dagangan yang anda ingin keluarkan dana dan di dalam ruangan "Kaedah Pemindahan" pilih MasterCard Maya FXTM.

2.    Lengkapkan borang tersebut dan apabila anda telah membaca semua syarat pengeluaran dan anda pasti mahu meneruskan, klik "Sah".

3.    Anda kemudiannya akan menerima kata laluan pembayaran empat digit melalui SMS / alamat e-mel yang telah didaftarkan dengan MyFXTM. Anda harus memasukkan kata laluan ini di dalam ruangan yang diperlukan dan klik "Hantar".

4.    Anda boleh menyemak status pengeluaran anda di dalam "Sejarah MyFXTM".  Jika status menunjukkan "Sedang Diproses", ia bermakna permintaan anda telah diterima. Apabila status permintaan menunjukkan "Dana dihantar", ia bermakna dana telah dihantar ke dompet Yandex.Money anda.

 

Maklumat Penting

Semasa anda melakukan pengeluaran, pastikan anda mengetahui perkara berikut:

1. Anda boleh mengeluarkan sebarang keuntungan dagangan terkumpul di dalam akaun dagangan anda ke MasterCard Maya FXTM, tidak kira apa jua kaedah deposit yang digunakan.

2. Bayaran bagi pemprosesan pengeluaran dana akan ditolak secara automatik dari jumlah yang dikeluarkan.

3. Pastikan anda mempunyai margin bebas yang mencukupi di dalam akaun dagangan anda untuk menyokong pengeluaran anda. Jika tidak, anda boleh memilih untuk menutup posisi terbuka.

4. Dana akan dikreditkan ke akaun MasterCard Maya FXTM anda dengan segera. Mungkin terdapat kelewatan sekiranya kami gagal mengesahkan maklumat anda.

5. Pilihan Pengeluaran tersedia untuk MasterCard Maya FXTM.

6. Tiada jumlah pengeluaran minimum bagi setiap transaksi. Jumlah pengeluaran maksimum adalah 2,500 EUR / 3,500 USD.

7. Jika matawang asas akaun anda berbeza dengan matawang dana yang diminta, kadar tukaran akan digunakan.

Scroll Top