Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko. FT Global Ltd dikawal selia oleh IFSC.
Amaran risiko: Berdagang adalah berisiko. Modal anda berhadapan dengan risiko. FT Global Ltd dikawal selia oleh IFSC.

Dagangan Saham

Dagangan saham membolehkan pelabur untuk mendagangkan pasaran saham dengan bimbingan FXTM.

Pedagang saham sentiasa berharap untuk menikmati keuntungan yang bertambah dalam nilai syarikat dari semasa ke semasa, yang kemudiannya meningkatkan nilai saham syarikat. Pelabur mungkin memegang saham untuk jangka masa yang panjang untuk memaksimumkan pergerakan jangka panjang bagi ekuiti dan pasaran saham.

Dengan FXTM, anda akan mendapat akses kepada harga kecairan langsung dengan data masa nyata, terus daripada dua tukaran saham terbesar di dunia, NYSE dan NASDAQ.

Pilih daripada saham syarikat utama, termasuk

FXTM menawarkan saham daripada Apple, Facebook dan Alphabet (sebelum ini dikenali sebagai Google), yang sememangnya popular dari segi sejarah serta merupakan saham teknologi berprestasi tinggi daripada tukaran saham NASDAQ. Saham-saham ini terkenal sebagai 'saham berkembang', memandangkan peranti berteknologi sentiasa dikeluarkan dan dinaik taraf secara berterusan. Atas alasan ini, dagangan saham di syarikat berkenaan bersama FXTM mungkin dapat membawa pulangan yang lumayan kepada pelabur, memandangkan permintaan terhadap peranti teknologi dan berteknologi tinggi ini dijangka akan berterusan pada masa akan datang.

Sila ambil perhatian bahawa anak panah di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan dan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Anak panah tersebut menunjukkan arah pergerakan instrumen sejak tanda yang sebelumnya. Harga mencerminkan keadaan pada 15 minit yang lalu dan dikemas kini setiap satu minit. Di luar waktu pasaran, harga yang ditunjukkan adalah harga terakhir bagi sesi tersebut.

Semua tanda dagangan yang ditunjukkan di laman web FXTM adalah tanda dagangan milik masing-masing dan tidak melambangkan sokongan mahupun cadangan oleh organisasi berkenaan. Selain itu, penggunaan tanda dagangan atau pautan kepada laman web organisasi pihak ketiga tidak berniat untuk bermaksud, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bahawa organisasi tersebut menyokong atau mempunyai sebarang kaitan dengan FXTM.

Dagangan Saham lwn Dagangan CFD Saham

Kedua-dua dagangan saham dan dagangan CFD saham merupakan cara untuk para pelabur mendagangkan pergerakan pada sesebuah pasaran saham. Walau bagaimanapun, kedua-duanya berbeza dalam cara yang tersendiri. Pedagang yang melabur dalam saham akan terus memiliki saham dasar, yang merupakan sebahagian daripada syarikat pelaburan mereka. Sebaliknya, pedagang CFD membeli kontrak antara sesama mereka dan juga broker yang melakukan spekulasi saham pada nilai masuk dan keluar. Pedagang CFD saham mempunyai matlamat untuk menikmati keuntungan daripada pergerakan aset tanpa memiliki aset tersebut manakala matlamat pedagang saham adalah untuk menikmati keuntungan daripada nilai saham yang mereka miliki dari semasa ke semasa.

Mengapa Dagangkan Saham?

  • Pemelbagaian - memandangkan saham bergerak secara bebas berbanding pelaburan lain, ia adalah sumber pemelbagaian yang penting dalam portfolio seseorang pedagang. Ini bermakna ketika berlaku kerugian terhadap instrumen lain, dagangan saham masih dapat menjadi alternatif dagangan yang bernilai.
  • Tiada had masa - tidak seperti CFD, saham boleh dipegang oleh pedagang pada jangka masa apa sekalipun. Ini bermakna bahawa pelabur boleh memegang saham sebagai sebahagian daripada strategi dagangan jangka panjang dan memaksimumkan trend jangka panjang mereka.
  • Mengundang risiko - dagangan saham juga boleh mengundang risiko terhadap portfolio pelabur serta berperanan sebagai sumber keuntungan pantas dalam jangka pendek. Pelabur perlu sentiasa ingat bahawa kerugian jangka pendek juga mungkin berlaku.

Syarat Dagangan Saham

Saham boleh didagangkan secara eksklusif dalam Akaun FXTM Pro MT5. Akaun Pro MT5 dibangunkan untuk memenuhi keperluan pedagang mahir – sama ada pedagang profesional, pedagang institusi mahupun pengurus dana lindung nilai. Akaun ini dilengkapi dengan segala alat untuk membawa pedagang mahir jauh lebih tinggi, tanpa komisen, tanpa sebut harga semula dan tanpa kompromi.

  • Spread

    Spread saham bermula daripada 0 pip. Pedagang FXTM Pro MT5 dapat menikmati spread tahap institusi dengan memastikan bahawa baki akaun mereka tidak kurang daripada minimum EUR/GBP/USD 250,000. Spread mungkin mengalami peningkatan pada tempoh tertentu bergantung pada keadaan pasaran.

  • Pelaksanaan Pasaran

    Dapatkan pelaksanaan terpantas FXTM yang ditawarkan. Dalam melakukan pelaburan saham, anda boleh menikmati pelaksanaan pasaran. Ini bermakna bahawa keseluruhan pelaksanaan perintah hanya mengambil masa kurang daripada satu saat, saham dinilaikan terus daripada pasaran dan pedagang daripada semua jenis strategi dapat menerima keputusan dengan segera.

  • Saiz Lot

    Mini, makro dan standard tersedia – tidak kira apa jua gaya dagangan anda, pasti ada saiz yang sesuai. Apabila melakukan dagangan saham, anda boleh berdagang antara volum minimum 0.01 lot bagi setiap dagangan dan volum maksimum 250 lot bagi setiap dagangan.

Mengapa Dagangkan Saham bersama FXTM?

Dikawal Selia & Diberi Lesen Secara Global

Dikawal Selia & Diberi Lesen Secara Global

FXTM merupakan jenama yang dikawal selia dan diberi lesen di bawah IFSC di Belize, CySEC di Cyprus, FSCA Afrika Selatan dan FCA UK.

Selamat & Dilindungi

Selamat & Dilindungi

Dana anda disimpan dengan selamat dalam akaun yang berasingan dan dagangan anda dilindungi daripada baki negatif.

Telus

Telus

Statistik prestasi, termasuk Sebut Harga Semula, Gelinciran dan Pelaksanaan Perintah adalah disemak oleh PWC.

Sokongan dalam 30+ Bahasa

Sokongan dalam 30+ Bahasa

FXTM juga bercakap dalam bahasa anda agar anda tidak berasa terasing ketika melakukan dagangan bersama kami.

Komited terhadap Pendidikan

Komited terhadap Pendidikan

FXTM sering menawarkan seminar, bengkel dan webinar dalam berbilang bahasa.

Pelbagai Instrumen Dagangan

Pelbagai Instrumen Dagangan

Dagangkan Forex, Logam Spot dan CFD.

Anugerah dagangan Forex FXTM
Scroll Top