Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 80% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.
Amaran risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan terdapat risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 80% daripada akaun pelabur runcit kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda boleh menanggung risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda.

FAQ

What can we help you with today?

Penilaian Kesesuaian

Penilaian Kesesuaian merupakan soal selidik ringkas yang menentukan, antara lainnya, leveraj instrumen kewangan serta produk yang paling sesuai dengan anda, berdasarkan tahap pengetahuan dan pengalaman dagangan anda. Berikutan keperluan perundangan baru yang diperkenalkan oleh CySEC, kami telah mengemas kini penilaian kesesuaian terdahulu untuk meliputi beberapa soalan serta lapisan perlindungan tambahan. Ia merupakan satu cara dalam memastikan bahawa para pedagang memahami pasaran kewangan yang lebih luas dan kedua-dua implikasi positif dan negatif dagangan, serta membantu kami untuk melindungi anda dengan memadankan kepada tahap dagangan, produk dan perkhidmatan yang sesuai.

ForexTime sentiasa mengutamakan dagangan yang bertanggungjawab serta sentiasa menyediakan penilaian kesesuaian kepada para kliennya. Kami baru sahaja menambah beberapa soalan baru bagi memastikan kami mematuhi sepenuhnya kemas kini terkini yang telah dikeluarkan oleh pihak pengawal selia kami, CySEC. Perkara ini memerlukan kami untuk melakukan penilaian, antara lainnya, terhadap leveraj instrumen kewangan serta produk yang paling sesuai dengan anda, berdasarkan tahap pengetahuan dan pengalaman dagangan anda.

Tidak. Penilaian Kesesuaian merupakan keperluan wajib yang perlu dipenuhi sekiranya anda ingin mewujudkan hubungan perniagaan bersama kami.

Leveraj lalai ialah 1:50, tetapi harap maklum bahawa FXTM telah melaksanakan tempoh 2 minggu bagi sesiapa sahaja yang ingin menduduki semula ujian penilaian berkenaan dan berpeluang untuk meningkatkan leveraj maksimum mereka. Sekiranya anda berhasrat untuk menduduki semula ujian penilaian, pelbagai sumber pendidikan utama tersedia yang dapat membantu anda untuk membina pengetahuan dagangan anda.

FXTM menawarkan pelbagai kadar leveraj tetap, bergantung pada instrumen dagangan, sehingga maksimum 1:30. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Ya, anda boleh menduduki semula ujian penilaian dua minggu selepas kali terakhir anda mendudukinya.

Bagi meningkatkan kefahaman anda terhadap Forex dan produk CFD, risiko yang mungkin terlibat, impak penggunaan leveraj, serta amalan pengurusan risiko baik, kami amat mengesyorkan supaya anda menyemak bahan pendidikan FXTM.

Sekiranya leveraj semasa anda bersamaan, atau melebihi leveraj pada akaun Pengurus Strategi anda, akaun anda akan terus beroperasi seperti biasa. Sekiranya leveraj anda sekurang-kurangnya 50% daripada akaun Pengurus strategi, anda boleh terus beroperasi dalam Mod Selamat, bermakna pelaburan anda akan dikurangkan sehingga lebih kurang separuh daripada leveraj Pengurus anda. Untuk maklumat lanjut mengenai Mod Selamat, sila klik di sini.

Sekiranya leveraj anda lebih rendah daripada 50% leveraj dalam akaun Pengurus Strategi anda, akaun anda akan ditutup, tetapi sila ambil maklum bahawa anda boleh menduduki semula ujian Penilaian Kesesuaian dalam masa dua minggu bagi meningkatkan pengetahuan anda kepada tahap yang mencukupi untuk mengikuti akaun pada saiz berkenaan pada masa akan datang.

Sekiranya akaun pelaburan anda telah dijedakan disebabkan oleh Penilaian Kesesuaian yang menunggu, anda perlu mengaktifkannya secara manual.

Back to FAQ
Scroll Top